Judul : Dinamik ikut arus masa kini
link : Dinamik ikut arus masa kini
Dinamik ikut arus masa kini
Selepas aktif semula dua tahun lalu, hanya tiga anggota Dinamik yang kekal iaitu Karl selaku vokalis, Nan (bass) dan Jeff (gitar). Mereka bakal muncul dengan single terbaru berjudul Nurul yang akan dilancarkan tahun depan.
Melengkapkan kemunculan semula kumpulan itu, mereka mengambil dua lagi anggota baru. Suatu ketika dulu, Dinamik begitu popular dengan lagu Antara Gadis, Biar Putih Tulang dan Dilema Rindu.
Menurut Karl atau nama sebenarnya, Musa Rashid, 44, dia akan terus ‘menghidupkan’ kumpulan itu dan tawaran persembahan masih ada meskipun tiada lagi publisiti seperti dulu.
“Meskipun hanya saya, Nan dan Jeff saja yang masih kekal bersama Dinamik, ia bukan kekangan untuk kami terus berkarya. Bezanya dulu, periuk nasi kami adalah muzik semata-mata tetapi kini perlu disokong sumber pendapatan lain.
“Tidak boleh lagi berharap kepada persembahan saja kerana bayaran yang kami terima pun tidaklah begitu lumayan malah adakala tidak berbaloi. Bayaran yang dapat dibahagi lima namun atas rasa minat yang masih menebal, kami teruskan juga ‘menjual’ bakat yang ada. Mahu ‘demand’ sangat pun tak boleh. Namun, saya berharap penganjur boleh memberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam soal bayaran berdasarkan pengalaman kami.
“Jika dulu, ada syarikat rakaman yang menguruskan urusan promosi dan sebagainya, kini Dinamik bergerak sendiri dan rakaman single terbaru pun kami kena keluarkan duit. Sekarang kebanyakan penyanyi baru pun bergerak sendiri jadi ia perkara yang biasa. Bagaimanapun, Dinamik perlu ada produk baru meskipun lagu Antara Gadis menjadi lagu wajib pada setiap persembahan,” katanya.
Ujar Karl, oleh kerana Dinamik perlu ‘memasarkan’ kumpulan itu sendiri tanpa bantuan pengurusan, dia menjalin hubungan baik dengan orang sekeliling serta sering berhubung dengan rakan lama.
“Jika saya tidak mahu ‘bercampur’ dengan orang dan bercerita mengenai aktiviti terbaru Dinamik, siapa yang tahu kami masih aktif? Kami banyak mendapat undangan membuat persembahan di karnival,” katanya.
Bercakap mengenai single Nurul, lagu itu diterbitkan oleh Idi Khalil yang juga penyanyi era 80-an.
Meriahnya industri muzik hari ini jelas Karl kerana adanya media sosial dan pelbagai medium teknologi yang boleh digunakan untuk memuat naik lagu seperti YouTube, iTunes dan Spotify.
“Untung artis baru sekarang. Kami dulu hanya ada radio dan TV. Album pula dalam bentuk kaset. Kini dengan kelahiran single baru, kami akan menggunakan medium terkini kerana itulah corak pemasaran lagu hari ini,” katanya.
Karl ditemui pada sidang media Festival Jom Makan-Makan yang diadakan di sebuah restoran, baru-baru ini. Festival itu akan berlangsung selama empat hari mulai 22 Disember ini di Parking Rahman Putra, Sungai Buloh sebagai lokasi pertama siri jelajah festival itu.
Artis lain turut membuat persembahan setiap malam sepanjang festival itu berlangsung ialah Ayati Tasrib, Azlee Senario, Joe Aziz, Jamilul Hayat, Blank Gamma, Anu XN3 Raja Lawak, Cef Yang Jamil, Ejik The Magic dan PU Yeop yang akan memberi ceramah.
Festival itu anjuran JJ Double Marketing, Yayasan Bina Insan Malaysia dan MMP Zon 24.
The post Dinamik ikut arus masa kini appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Dinamik ikut arus masa kini
Anda sekarang membaca artikel Dinamik ikut arus masa kini dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/dinamik-ikut-arus-masa-kini.html