Judul : Ketagihan Pornografi Punca Banyaknya Kes Mengandung Luar Nikah, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan
link : Ketagihan Pornografi Punca Banyaknya Kes Mengandung Luar Nikah, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan
Ketagihan Pornografi Punca Banyaknya Kes Mengandung Luar Nikah, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan
Perkara sebegini sememangnya harus diambil serius oleh pelbagai pihak dalam membendung dari terus berleluasa dan pada masa yang sama mengurangkan masalah seperti ini.
Dengan adanya lagi sosial media, ia menjadi akses mudah kepada penularan gejala negative ini, lagi-lagi buat anak muda.
Mungkin ada acara yang boleh disyorkan kepada ibu bapa dan sekolah untuk mengatasi masalah ini.
Ikuti perkongsian dari penulisan Timbalan i-Guru Johor Bahru, Pn Sarifah Abu Bakar dari laman Isma ini.
Gejala pornografi di kalangan rakyat Malaysia perlu dibendung segera terutamanya di kalangan remaja. Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.
Menurut statistik tersebut, 5 negeri mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi iaitu Sabah dengan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.
Melihat kepada statistik ini, ramai yang membuat kesimpulan bahawa ini menunjukkan pengetahuan mengenai kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan remaja di negara ini masih rendah.
Tidak dinafikan pengetahuan seksual merupakan suatu aspek yang penting, namun bagi menyelesaikan masalah ini di peringkat akar umbinya, kita juga harus melihat kepada punca gejala ini berlaku.
Rangsangan seksual didefinisikan sebagai setiap rangsangan yang mengarah pada meningkatkan dan mempertahankan ghairah seksual.
Apa yang perlu diberi perhatian sebagai langkah pencegahan yang lebih efektif adalah mengelakkan remaja daripada terdedah kepada ransangan-ransangan terutamanya melalui pornografi.
Beberapa kes yang berlaku di peringkat sekolah menengah mendedahkan bahawa ada golongan pelajar yang menyebarkan gambar-gambar sendiri atau diambil dari laman sosial yang menampakkan susuk badan yang seksi dan kemudiannya dihantar kepada pelajar lelaki sebagai ‘jemputan’.
Penularan video lucah dan imej yang menjolok mata menjadi semakin mudah dengan peningkatan jumlah remaja yang mempunyai akses kepada laman sosial dan telefon bimbit yang canggih.
Di antara langkah-langkah lain yang disyorkan kepada pihak ibubapa dan sekolah adalah:
Jika ibubapa perlu memberikan telefon kepada anak-anak di atas tujuan keselamatan, dapatkan telefon bimbit yang berfungsi hanya untuk membuat panggilan sahaja. Tidak perlu kepada telefon pintar.
Bagi pihak guru yang perlu berhubung dengan pelajar untuk menyampaikan maklumat sekolah atau tugasan yang perlu disesesaikan, langkah yang lebih bijak adalah mewujudkan kumpulan ibubapa pelajar melalui aplikasi sosial yang boleh menyalurkan maklumat-maklumat ini kepada pelajar.
Terapkan ajaran Islam tentang adab, aurat serta keperluan meminta izin sewaktu ingin memasuki bilik. Tanamkan di dalam jiwa anak sedari awal bahawa perbuatan lucah adalah sesuatu yang jijik dan berdosa.
3. Bagi pihak sekolah pula, disarankan agar pelajar-pelajar yang bermasalah diberikan tumpuan ke arah membina jati diri dan merawat sebarang ketagihan pornografi atau seks, jika ada.
Sebagai penutup, tindakan RTM baru-baru ini yang mengharamkan penyiaran lagu dan klip video ‘Despacito’ merupakan tindakan bijak sebagai langkah membendung gejala lucah dan pornografi di kalangan remaja. Langkah ini wajar dicontohi oleh stesen-stesen penyiaran yang lain.
Puan Sarifah Abu Bakar
Timbalan i-Guru Johor Bahru
Sumber: Isma.org
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ketagihan Pornografi Punca Banyaknya Kes Mengandung Luar Nikah, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan
Anda sekarang membaca artikel Ketagihan Pornografi Punca Banyaknya Kes Mengandung Luar Nikah, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/ketagihan-pornografi-punca-banyaknya.html