Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?

Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?
link : Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?

Baca juga


Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?

REPUBLIK Rakyat China merupakan kuasa besar yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan global.

Di Amerika Syarikat (AS), pelabur China melabur RM50 billion pada 2014 dan pelaburan tersebut meningkat menjadi RM63 billion pada 2015.

Dua per tiga daripada jumlah tersebut dilaburkan dalam sektor hiburan, kesihatan, IT dan kewangan.

Pelabur China bukan sahaja melabur dalam sektor ini, malah mewujudkan pelbagai peluang pelaburan baru untuk meningkatkan ekonomi kedua- dua negara.

Pada 2016, syarikat-syarikat besar China mengembangkan sayap perniagaan dengan melabur RM85 billion hingga RM126 billion di AS.

Nilai tersebut hanya sebahagian kecil daripada aliran modal pelabur China. Satu per lapan daripada jumlah pelaburan China disalurkan di AS. Selebihnya modal pelaburan tersebut masih lagi tertumpu di Eropah dan Asia.

Seperti yang berlaku di AS, China kini menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia. Republik itu merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia sejak 2009 lagi.

Ini menjadikan China sebagai negara pasaran terbesar bagi import dan eksport di negara ini. Pelaburan Asing (FDI) China ke Malaysia membabitkan perjanjian pemilikan dalam infrastruktur, hartanah, penempatan dan bandar.

Antara perjanjian itu merangkumi pemeteraian pembangunan Forest City dengan kos RM17 bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion serta Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR) RM60 bilion.

Pelaburan asing termasuk China tidak akan mengugat kedaulatan Malaysia. Malahan ia penting bagi menjana ekonomi negara.

Rakyat Malaysia tidak perlu berasa bimbang kerana AS, Singapura, Jepun dan Eropah juga melabur di negara ini. Cuma, China merupakan pelabur terbesar berbanding negara lain.

Jadi persepsi yang mengatakan Malaysia akan dijual kepada China adalah persepsi lemah yang tidak merujuk kepada persekitaran pelaburan global.

By : Mohamad Izzat Bin Zulkanain

#laskarmalaya

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China?

Sekianlah artikel Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tohmahan Konon Jual Malaysia Kepada China? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/tohmahan-konon-jual-malaysia-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :