Judul : Pinggan Viral Warna Warni Bahaya Kepada Wanita Dan Bayi Jika Jadikan Bekas Makanan, Hanya Sesuai Jadi Perhiasan - Pakar
link : Pinggan Viral Warna Warni Bahaya Kepada Wanita Dan Bayi Jika Jadikan Bekas Makanan, Hanya Sesuai Jadi Perhiasan - Pakar
Pinggan Viral Warna Warni Bahaya Kepada Wanita Dan Bayi Jika Jadikan Bekas Makanan, Hanya Sesuai Jadi Perhiasan - Pakar
KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan bayi dinasihatkan supaya berwaspada menggunakan pinggan mangkuk yang beraneka corak yang tular di media sosial kini, lapor mStar Online.
Dr Nor Asrina Sairi yang merupakan seorang Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya (UM) berkata, kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya.
Kini tular di media sosial gambar pinggan mangkuk yang bercorak menarik dan dijual semurah 50sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Beliau menegaskan bahawa pinggan mangkuk berkenaan hanya sesuai dijadikan koleksi hiasan dan bukannya untuk digunakan sebagai bekas makanan, ini kerana plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata. - Siakapkeli.my
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pinggan Viral Warna Warni Bahaya Kepada Wanita Dan Bayi Jika Jadikan Bekas Makanan, Hanya Sesuai Jadi Perhiasan - Pakar
Anda sekarang membaca artikel Pinggan Viral Warna Warni Bahaya Kepada Wanita Dan Bayi Jika Jadikan Bekas Makanan, Hanya Sesuai Jadi Perhiasan - Pakar dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/pinggan-viral-warna-warni-bahaya-kepada.html