Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian

Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian
link : Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian

Baca juga


Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang cucu untuk menyelamatkan nenek dan datuk saudaranya yang terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 2/4 Petaling Jaya, dekat sini awal pagi ini, tidak kesampaian.

Saksi kejadian, Puan Noor Ismail, 50, berkata beliau terpaksa mengarahkan cucu  mangsa yang dipanggil Zain, 30-an, untuk terjun daripada balkoni tingkat dua rumah berkenaan ekoran asap tebal yang menyelubungi rumah teres itu.

“Zain berkeras mahu masuk ke dalam rumah untuk selamatkan nenek dan datuk saudaranya, namun saya memujuknya supaya keluar kerana bimbang dia akan lemas sebab asap tebal.

“Saya dan jiran-jiran hanya menggunakan paip air di rumah masing-masing untuk memadam kebakaran sebelum bomba tiba,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Dalam insiden kira-kira 3.30 pagi itu, dua beradik warga emas meninggal dunia  selepas rumah teres dua tingkat yang didiami mereka terbakar.

Rohani Abdul Manan, 89, ditemukan meninggal dunia di dalam tandas tingkat atas  kediaman berkenaan, manakala adiknya Ahmad Lokman, 73, yang juga orang kelainan upaya (OKU) dijumpai di bahagian dapur berhampiran bilik air.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari tingkat bawah rumah dua tingkat itu.

“Kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat lemas terhidu asap tebal berikutan tiada kecederaan serius ditemui pada badan kedua-dua mangsa,” katanya kepada  pemberita di sini, hari ini.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian

Sekianlah artikel Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasrat Selamatkan Nenek, Datuk Saudara Tak Kesampaian dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/hasrat-selamatkan-nenek-datuk-saudara_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :