Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa

Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa
link : Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa

Baca juga


Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa

Peserta program Misi Kemanusiaan dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan sejak 23 Julai lalu sempat merasai detik cemas perjuangan rakyat Palestin mempertahankan kesucian Baitulmaqdis Haram al-Syarif itu.

Berikut ialah catatan perjalanan hari-hari terakhir kumpulan petugas media tersebut yang diketuai bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles menerusi akaun rasmi Facebooknya untuk tatapan semua.

26 Julai (8.18 pagi): Ada orang bertanya saya, kenapa kami tidak memakai jubah atau pakaian yang lebih kemas untuk beribadat di Masjid Al Aqsa. Sebenarnya, bukan kami tidak mahu berpakaian kemas dan berkopiah tetapi atas nasihat penduduk Palestin kami terpaksa memakai seperti dalam gambar di bawah.

Menurut penduduk Palestin, dalam keadaan tegang dan mudah berlaku pertempuran, adalah lebih baik memakai pakaian yang memudahkan kami melarikan diri bila perlu. Jadi kami ambil nasihat mereka dan terbukti malam tersebut memang berlaku tunjuk perasaan yang berakhir dengan pertempuran.

Lagipun, dalam kumpulan kami bukan semua berugama Islam. Ada juga yang beragama Hindu dan Buddha. Jadi apa saja keputusan yang dibuat, mesti mempertimbangkan keselamatan semua ahli kumpulan.

(11.30 pagi): Ketika berjemaah solat Maghrib di Masjid Al Aqsa kami bertemu dengan Isa Mohammad Hassan, lelaki tua berusia 79 tahun. Beliau ke masjid ini setiap hari untuk menunaikan solat fardu. Kami bertanya kepadanya kenapa tidak turut serta dalam protes bersama rakyat Palestin yang lain?

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk melihat tiada seorang pun umat Islam yang solat di masjid itu waima walaupun kerana protes terhadap Israel.

Katanya, solat berjemaah di masjid itu perlu dihidupkan setiap masa tanpa putus biar apapun alasannya dan beliau sendiri sudah berpuluh tahun bersolat 5 waktu di situ.

Dan kerana itu, beliau tidak menyertai protes apatah lagi polis Israel tidak pernah menghalangnya atau mana-mana pengunjung bersolat di situ asalkan melalui laluan pemeriksaan yang ditetapkan. Namun dari segi perjuangan menuntut hak Palestin, beliau akan tetap utuh bersama dengan seluruh rakyat Palestin katanya.

Malam tadi, hanya 21 orang yang bersolat jemaah di situ termasuk 14 anggota rombongan kami. Biasanya di masjid tersebut, antara 500 hingga 1,000 orang akan hadir menunaikan solat 5 waktu manakala solat Jumaat mencecah lebih 100,00 ribu jamaah.

(5.30 petang): Bertemu Iskandarian di Amman, Jordan. Kami sampai di Amman, Jordan malam tadi dari Jerusalem yang dikawal Israel.

Pagi ini kami melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia. Tak sangka di situ saya bertemu dengan bekas pelajar sekolah Iskandar Shah, Parit. Sharifah Norhani bt Syed Abdul Rani kini bertugas sebagai Setiausaha kepada Duta Besar Malaysia di Jordan.

Dia yang kini berusia 59 tahun berasal dari Kampung Kubang Chandong, Bota Kanan atau lebih tepat berhampiran dengan Masjid Bota Kanan. Dia kini sudah 3 tahun bertugas di Jordan. Sebelum ini pernah berkhidmat di kedutaan di Amerika Syarikat, Venezuela, Belgium, Fiji dan Indonesia.

Dia belajar di SRK Iskandar Shah, Parit mulai tahun 1965 dan seterusnya menyambung pelajaran ke SM Iskandar Shah, Parit.

(8.17 petang): Hari ini kami berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Jordan. Kunjungan hormat seperti ini biasa kami lakukan ketika mengadakan program di luar negara.

Terima kasih diucapkan kepada pihak kedutaan terutama Cik Mega Nopija Khalidi, Ketua Chanseri kedutaan yang memberi layanan mesra di atas kehadiran kami termasuk menyajikan makanan ala Malaysia yang kami dah mula rindukan. Maklumlah sejak datang ke Jordan dan Palestin, asyik dihidangkan dengan sayur dan nasi yang lauknya agak masin. 😀

27 Julai (1.25 pagi): Dari Amman kami kemudiannya bergerak ke bandar Irbid yang jaraknya kira-kira 80 kilometer. Di bandar yang dihuni 2 juta penduduk ini terdapat ramai pelarian Syria berikutan kedudukannya yang tidak jauh dari sempadan Jordan dan Syria.

Di sini, kami sempat menyantuni anak-anak pelarian Syria. Wajah mereka nampak comel-comel belaka. Tapi sedih melihat nasib mereka, kerana terpaksa mengharungi kehidupan sukar di negara orang kerana perang. Dianggarkan kini terdapat lebih 2 juta rakyat Syria menjadi pelarian di Jordan.

(9.05 pagi): Saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman kami di Masjid Al Aqsa untuk tatapan anda. Ada kalanya terasa hiba bila tiada yang solat di sini. Lihatlah betapa lengangnya kawasan sekitar masjid di Baitumaqdis ini sepanjang tempoh protes berlangsung sedangkan ini adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

(2.00 petang): Di Irbit, kami turut mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Terdapat kira-kira 800 pelajar dari keseluruhan 1,408 pelajar Malaysia yang belajar di Jordan.

Kami bertemu dengan mereka di Pusat Komuniti Irbid untuk pelajar Malaysia. Di bandar yang wujud sejak zaman Rom ini, pelajar Malaysia menuntut di 2 buah universiti iaitu Universiti Yarmouk dan Universiti Sains dan Teknologi Jordan.

Pelajar di sini aktif dalam kegiatan komuniti termasuk menjadi sukarelawan membantu pelarian Syria. Terima kasih diucaplan kepada saudara Ammar Hafizdh bin Mohd Adib Shujaa, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid di atas usaha mempertemukan ramai pelajar dengan kami.

Usaha pelajar Tahun 3 bidang Pendidikan Islam di Universiti Yarmouk ini sedikit sebanyak memudahkan rakan-rakan media mendapat bahan tambahan untuk tugas mereka.

(5.00 petang): Semasa pertemuan dengan pelajar Malaysia, saya juga dapat berkenalan dengan Mohd Fariz bin Mohd. Ismi, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan.

Pelajar tahun 3 di Universiti Jordan yang terletak di Amman ini merupakan anak kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Parit yang juga merupakan orang Kampung Selboh, Parit.

Tak sangka dalam sehari dapat jumpa orang Parit di dua tempat berbeza di Jordan. 😀


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa

Sekianlah artikel Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Catatan Perjalanan Hari Terakhir Media Malaysia Di Al-Aqsa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/catatan-perjalanan-hari-terakhir-media.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :