‘Tell me a reason’

‘Tell me a reason’ - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Tell me a reason’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Tell me a reason’
link : ‘Tell me a reason’

Baca juga


‘Tell me a reason’

LAMAN Instagram milik penyanyi Sufian Suhaimi dihujani pelbagai persoalan dalam kalangan peminat berikutan desas-desus mengatakan dia dan pelakon Elfira Loy sudah putus tunang.

Ada yang medoakan ikatan pertunangan yang dibina pada 6 Oktober lalu itu masih kekal dan tidak kurang juga yang bengang dengan tindakan penyanyi lagu Terakhir itu yang dianggap mempersiakan Elfira.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan Sufian tidak berjaya apabila kedua-dua nombor telefon miliknya tidak diaktifkan.

Elfira pula sedang bercuti di New York, Amerika Syarikat bersama adik-beradiknya.

Namun, Sufian yang ditemui Harian Metro pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-32 baru-baru ini berkata, dia dan Elfira masih bersama.

“Saya berjalan seorang kerana Elfira sekarang berada di New York. Dari Makkah dia terus ke sana,” katanya pada sesi temubual itu.

Namun, menerusi Instagram Stories (IG Stories) milik Elfira yang dimuat naik semalam seakan menjawab segala persoalan yang timbul selepas seorang peminat menulis komen di IG miliknya.

Pengguna akaun itu menulis: “Hi Cik Elfira, barang makeup nak show off, pergi umrah show off menangis, pergi NY show off bilik RM3,200, selfie setiap hari pun show off kening, tunang pun show off juga itu hari siap caption tunang saya gais, putus tunang tak nak show off ke?”

Terpanggil untuk menjawab komen peminat itu, Elfira memuat naik komen itu dengan menyatakan apa alasan untuk dia berbuat sedemikian.

“Beri saya alasan (tell me a reason). Sekarang mari saya ajar bagaimana untuk memantulkan kembali apa yang anda katakan. Kalau orang cakap macam ini, apa perasaan anda?

“Kenapa masih nak ‘stalk’ saya jika tidak sukakan saya? Contoh, apa yang saya muat naik, awak masih tengok kan?,” tulis Elfira.

Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober selepas tiga bulan berkenalan.

Sepanjang perkenalan mereka, Elfira pernah membuat kejutan sempena sambutan hari jadi ke-25 Sufian dengan menaiki helikopter.

Difahamkan, pasangan itu bakal berkahwin pada Mac ini sempena bulan kelahiran Elfira.

The post ‘Tell me a reason’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Tell me a reason’

Sekianlah artikel ‘Tell me a reason’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Tell me a reason’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/tell-me-reason.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :