Judul : ‘Buat sahabat baik, Fazura’ kata Fattah
link : ‘Buat sahabat baik, Fazura’ kata Fattah
‘Buat sahabat baik, Fazura’ kata Fattah
AKTOR kacak, Fattah Amin menjelaskan jumlah bunga mawar yang dihadiahkan kepada Fazura tidak mempunyai maksud tertentu.
Sebaliknya kata Fattah, 500 kuntum mawar putih dan merah jambu itu adalah tanda penghargaan darinya untuk Fazura yang dianggap sebagai kawan baik.
“Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya.
“Dia patut rasa bahagia pada hari ulangtahunnya yang hanya disambut setahun sekali,” katanya.
Ketika dihubungi, Fattah mengucapkan selamat hari jadi buat Fazura dan berharap persahabatan mereka berpanjangan.
“Selamat ulang tahun buat Fazura. Semoga diberikan usia panjang dan penuh kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita.
“Saya juga mendoakan Fazura selalu diberikan kesihatan, kekuatan dan kebaikan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, Fattah memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran Fazura yang ke-34 dengan memberikan 500 kuntum bunga mawar.
The post ‘Buat sahabat baik, Fazura’ kata Fattah appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Buat sahabat baik, Fazura’ kata Fattah
Anda sekarang membaca artikel ‘Buat sahabat baik, Fazura’ kata Fattah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/buat-sahabat-baik-fazura-kata-fattah.html