Judul : Jiwa besar Dylan O’Brien
link : Jiwa besar Dylan O’Brien
Jiwa besar Dylan O’Brien
BAGI pengikut setia siri filem The Maze Runner, anda pastinya tidak akan melepaskan peluang menonton sekuel terbarunya yang bakal ditayangkan hujung Januari depan.
Masih mengekalkan kebanyakan pelakon asalnya, The Maze Runner: The Death Cure kali ini dikatakan lebih menarik dan mendebarkan. berbanding dua filem terdahulu.
Malah akui hero siri berkenaan, Dylan O’Brien, filem tersebut banyak memberi ruang besar, terutama mengenai skil lakonan.
Katanya menerusi sebuah temu bual, bukan mudah memastikan diri kekal mempunyai stamina dan keupayaan yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan babak aksi.
“Kami memang ada pelakon stand-in. Bagaimanapun, untuk babak aksi yang boleh saya buat, saya akan beranikan diri, situasi itu lebih memberi kepuasan,” kata aktor asal New York, Amerika Syarikat ini jujur.
Hero cedera ketika penggambaran
Terdahulu, filem yang sekali lagi diarahkan Wes Bell ini sepatutnya ditayangkan pada awal Januari tahun lalu. Namun terpaksa dianjakkan setahun kemudian atas faktor kesihatan Dylan yang difahamkan mengalami kecederaan apabila melakonkan salah satu adegan aksi bagi melengkapi perjalanan cerita.
Aktor kacak berusia 26 tahun ini dikatakan mengalami kecederaan serius apabila terlibat kemalangan kereta ketika siri filem berkenaan menjalani penggambaran di Vancouver, Kanada pada Mac 2016.
Serentak kecederaan itu, rata-rata media Hollywood melaporkan keadaannya agak teruk kerana keseluruhan projek penggambarannya terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Akibat kemalangan itu, pelakon yang pernah muncul menerusi siri televisyen, Teen Wolf itu patah tulang. Malah pihak produksi Fox, turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan pelakon itu sedang berehat akibat kecelakaan itu.
Bagaimanapun, penulis filem berkenaan, James Deshner berkata, isu tersebut sengaja digembar-gemburkan secara berlebihan, seolah-olah kemalangan itu begitu teruk. Katanya, Dylan hanya mengalami luka dan keadaannya baik sahaja.
Energi watak Thomas bangkit semangat
Sementara itu, Dylan yang sebelum ini sinonim menerusi penampilannya di dalam filem Deepwater Horizon menyifatkan wataknya sebagai Thomas sedikit sebanyak turut mengubah gaya hidupnya.
“Pengalaman dan kenangan bersama pelakon lain sejak siri pertama sesuatu yang tidak boleh diputar kembali. Kami mula berkawan sejak itu dan menghabiskan masa lebih 16 jam di set, kemudian balik ke hotel sama. Jadi berhari-hari kami isi masa dan pastinya hubungan itu menjadi kian rapat,” kongsinya yang sudah menjangka filem ini akan menjadi siri filem yang bakal mempunyai kelompok peminat sendiri.
Katanya, apabila dia hadir ke uji bakat dan terpilih sebagai pelakon, dia sudah tahu siri The Maze Runner akan menjadi ‘boom’ dan pastinya dia gembira untuk itu.
“Malah, perkembangan watak Thomas itu sendiri daripada seorang yang takut-takut dan berkembangan menjadi individu lebih bersemangat, yakin dan berani juga memberi energi positif dalam hidup saya.
“Wes Bell juga adalah pengarah yang bijak dan itulah keistimewaannya. Dia faham apa yang dilakukan terhadap filem berkenaan,” akhiri aktor yang dilahirkan pada 26 Ogos 1991 ini.
Siri terakhir filem ini mengisahkan pemuda bernama Thomas (lakonan Dylan O’Brien) bersama pasukannya yang lain iaitu Glader memulai sebuah misi untuk menemukan sebuah penawar yang dikenali sebagai flare, iaitu penawar virus sangat berbahaya.
Namun di dalam misi untuk mendapatkan flare, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai insiden mendebarkan terutamanya ketika memasuki bandar gelap, Last City.
The post Jiwa besar Dylan O’Brien appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jiwa besar Dylan O’Brien
Anda sekarang membaca artikel Jiwa besar Dylan O’Brien dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/jiwa-besar-dylan-obrien.html