Judul : Che Ta Pula Kena Tipu Dengan Datuk, Rugi RM50,000
link : Che Ta Pula Kena Tipu Dengan Datuk, Rugi RM50,000
Che Ta Pula Kena Tipu Dengan Datuk, Rugi RM50,000
Selepas pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi mangsa penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membabitkan produk minyak wangi keluaran syarikatnya, aktres jelita Rozita Che Wan aka Che Ta pula menerima nasib sama.
Memetik laporan BH online, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata beliau tidak menyangka individu itu sanggup berniat jahat sehingga mengakibatkan dia kerugian sebanyak RM50,000.
“Saya ingat, saya boleh mempercayai dirinya. Tetapi rupa-rupanya dia berniat jahat apabila menipu saya hingga mengalami kerugian sebanyak RM50,000.
“Bayangkan, banyak duit yang diperolehnya dengan hasil penipuan. Malah, dia boleh tukar kereta mewah, tambah isteri dan macam-macam lagi dengan hidup menipu orang.
“Saya akhirnya memutuskan untuk menghalalkan saja. Insya-Allah, saya reda. Biarlah hidupnya tidak senang kerana menyusahkan orang dan semoga dia juga akan berubah,” katanya.
Che Ta bagaimanapun menjelaskan beliau enggan membesarkan perkara berkenaan sebelum ini kerana tiada hitam putih dalam kerjasama yang dijalinkan. Walaupun tiada kontrak mahupun perjanjian secara hitam putih, bukti pembayaran tetap ada.
“Saya malas hendak menghebahkan perkara ini, apatah lagi membuat laporan polis kerana silap saya juga apabila tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya.
“Merayu dan meminta pun tak diendahkannya. Tak apalah, doa orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Rozita bersama Zain dan anak, Aaisyah Dhia Rana, merancang untuk membawa 20 anggota keluarga serta sanak saudara ke Makkah pada Januari depan
The post Che Ta Pula Kena Tipu Dengan Datuk, Rugi RM50,000 appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Che Ta Pula Kena Tipu Dengan Datuk, Rugi RM50,000
Anda sekarang membaca artikel Che Ta Pula Kena Tipu Dengan Datuk, Rugi RM50,000 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/che-ta-pula-kena-tipu-dengan-datuk-rugi.html