Farid Ditahan Reman Sehari Lagi

Farid Ditahan Reman Sehari Lagi - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Farid Ditahan Reman Sehari Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Farid Ditahan Reman Sehari Lagi
link : Farid Ditahan Reman Sehari Lagi

Baca juga


Farid Ditahan Reman Sehari Lagi

Menerusi laporan Utusan, aktor dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil ditahan reman sehari hari lagi bagi membantu siasatan terhadap dakwaan dia menampar seorang anggota polis dan menyepak orang awam ketika berada di kaunter Cawangan Trafik, Balai Polis Kota Damansara di sini, Khamis lalu.

Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Hairul Azhar Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap pelakon filem Lagenda Budak Setan dan Tombiruo.

Sebelum ini Farid, 37, direman selama empat hari bermula 12 Januari lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di balai polis, Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyepak orang awam, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menampar anggota polis dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas dakwaan memasukkan dadah dalam badan.

Terdahulu, suami kepada pelakon jelita, Datin Diana Danielle, 27, yang memakai baju kemeja berwarna kelabu dan berseluar lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret pada pukul 11.30 pagi.

Pengarah filem V3: Samseng Jalanan yang baru menerima gelaran Datuk pada Disember lalu diiringi anggota polis keluar pada pukul 12.32 tengah hari setelah melalui prosiding reman yang mengambil masa kira-kira sejam dan dibawa menaiki kereta polis jenis Proton Preve.

Adik pelakon tersebut, Fadzil Bahari Zahari yang merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin turut hadir ke mahkamah ditemani adik lelakinya, Anis Anwar.

Dua pelakon tanah air, Azad Jazmin dan Azhan Rani turut hadir seawal pukul 10 pagi di mahkamah sebagai tanda sokongan kepada Farid.

The post Farid Ditahan Reman Sehari Lagi appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Farid Ditahan Reman Sehari Lagi

Sekianlah artikel Farid Ditahan Reman Sehari Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Farid Ditahan Reman Sehari Lagi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/farid-ditahan-reman-sehari-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :