Judul : 'Beli Lebih, Jimat Lebih' AirAsia Galak Pelancong Pergi Bercuti
link : 'Beli Lebih, Jimat Lebih' AirAsia Galak Pelancong Pergi Bercuti
'Beli Lebih, Jimat Lebih' AirAsia Galak Pelancong Pergi Bercuti
Pulau Mabul antara destinasi pelancongan menarik di Sabah yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. (Gambar: AirAsia - Facebook)
Syarikat penerbangan itu dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam tinjauan tahunan syarikat penerbangan dunia oleh Skytrax selama sembilan tahun berturut–turut dari 2009 sehingga 2017.
AirAsia juga dianugerahkan peneraju Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Dunia untuk empat tahun berturut-turut menerusi World Travel Awards 2016 dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama memenangi Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terbaik Dunia.
Pencapaian itu bukan satu perkara yang menghairankan apatah lagi AirAsia memiliki pengurusan yang hebat, memahami kehendak serta keperluan pelanggan. Malah, syarikat penerbangan itu tidak pernah `kedekut' untuk menawarkan diskaun tiket penerbangan menerusi pelbagai kempennya selama ini.
KEMPEN BARU AIRASIA
Terbaru, syarikat penerbangan tambang rendah itu memperkenalkan kempen Beli Lebih, Jimat Lebih AirAsia! bagi membantu orang ramai yang melancong bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk menikmati penjimatan harga tiket.
Kempen itu menawarkan diskaun sehingga 45 peratus jika penumpangnya melancong secara berkumpulan dalam tempahan yang sama dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast, Beijing, Hangzhou dan lain-lain destinasi dengan menaiki AirAsia X.
Tawaran itu turut diberikan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi dan lain-lain dengan penerbangan AirAsia. Ini bermakna, lebih ramai dalam tempahan berkumpulan dilakukan, maka lebih banyak penjimatan harga tiket penerbangan dapat dinikmati.
KADAR DISKAUN
Lebih menarik, mereka yang melancong secara bersendirian turut diberi diskaun tetapi pada kadar paling rendah iaitu diskaun sebanyak 15 peratus.
Diskaun itu bagaimanapun ditawarkan hanya untuk tempahan mengunakan aplikasi mudah alih di airasia.com bermula 31 Julai sehingga 6 Ogos 2017 bagi penerbangan dari 26 Februari sehingga 28 Ogos 2018.
Perincian kadar diskaun tersebut adalah seperti berikut:
- 1 tetamu - diskaun 15 peratus
- 2 tetamu - diskaun 25 peratus
- 3 tetamu - diskaun 35 peratus
- 4 hingga 9 tetamu - diskaun 45 peratus
MELANCONGLAH BERAMAI-RAMAI
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh dalam satu kenyataan baru-baru ini menyeru orang ramai yang mahu melancong secara beramai-ramai supaya tidak melepaskan tawaran berkenaan.
"Semestinya dengan kempen Beli Lebih, Jimat Lebih, lagi ramai yang anda bawa, lebih jimat tambangnya, jadi melanconglah beramai-ramai," katanya.
Beliau turut memaklumkan penumpang AirAsia boleh menikmati penerbangan penuh faedah apabila menempah Pek Nilai yang disertakan dengan insurans perjalanan.
"Pek tersebut disertakan dengan 20 kilogram bagasi berdaftar, hidangan percuma, pilihan tempat duduk biasa, Insurans Perlindungan Perjalanan Tune yang merangkumi 'Jaminan Satu Jam Tepat Masa' dan 'Kelewatan Bagasi'," katanya.
'Jaminan 1 Jam Tepat Masa' menetapkan setiap tetamu akan menerima bayaran sebanyak RM100 untuk penangguhan melebihi satu jam dari waktu berlepas asal yang dijadualkan.
Bagi perlindungan 'Kelewatan Bagasi', setiap tetamu akan menerima bayaran sebanyak RM120 untuk kelewatan enam jam dan seterusnya (sehingga RM360) dari waktu ketibaan yang dijadualkan sehingga bagasi diterima
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 'Beli Lebih, Jimat Lebih' AirAsia Galak Pelancong Pergi Bercuti
Anda sekarang membaca artikel 'Beli Lebih, Jimat Lebih' AirAsia Galak Pelancong Pergi Bercuti dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/beli-lebih-jimat-lebih-airasia-galak.html