Perjuangan Anna berjaya

Perjuangan Anna berjaya - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perjuangan Anna berjaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perjuangan Anna berjaya
link : Perjuangan Anna berjaya

Baca juga


Perjuangan Anna berjaya

Bagi peminat filem sekuel Pitch Perfect, keterujaan utama pastinya untuk melihat bagaimana transisi kumpulan Bella dalam nyanyian dan kreativiti mereka.

Namun, unsur drama seperti percintaan tetap tidak terkecuali dalam Pitch Perfect dan Pitch Perfect 2. Ia begitu klise sehinggakan bintang utamanya, Anna Kendrick sendiri menyelarnya.

Dalam cerita asal sekuel terbarunya Pitch Perfect 3, Anna yang melakonkan watak Beca sepatutnya bercinta dengan pengarah muzik, Theo.

Plot itu bagaimanapun dibuang atas permintaan pelakon terbabit.

Mana tidaknya, selama ini penonton kerap disogok dengan drama percintaan dalam sesebuah filem. Secara tidak langsung ia sebenarnya membuatkan ramai tidak menyukainya kerana ia mencacatkan sebuah cerita.

Itulah yang diperjuangkan Anna ketika diminta menjalin cinta dalam Pitch Perfect 3. Namun, dia menolak dan berasakan plot itu tidak penting.

“Asalnya pengarah muzik itu sepatutnya menjadi tarikan romantik buat saya tetapi saya tolak disebabkan ia akan membawa masalah.

“Apabila saya bertanya kepada yang lain adakah mereka melihat apa saya lihat, barulah mereka pun bersetuju,” katanya.

Anna juga mengakui tidak melihat kepentingan untuk memasukkan elemen romantik atau timbul bibit cinta di antara Beca dan Theo.

Walaupun plot cinta berkenaan akhirnya tidak diteruskan, pihak atasan tetap mahukan sekurang-kurangnya hubungan istimewa antara mereka diselitkan.

“Mereka tetap mahu kekalkan versi asal apabila saya dan Theo perlu bercumbu, namun saya tolak juga,” katanya.

Dalam hal itu, Anna nampaknya bukan saja berjaya menggunakan pengaruhnya bahkan berjaya melepaskan diri daripada ideologi sebegitu yang menguasai industri filem berdekad lamanya.

Pitch Perfect 3 terus menjadi naskhah yang jelas memperkasakan wanita. Itulah sebenarnya yang patut dipertahankan pengarah apalagi ia berkisar kehidupan realisitik.

Rebel Wilson yang melakonkan watak Fat Amy mengakui sangat bangga apabila filem itu sendiri diarahkan seorang wanita.

Dia menyifatkannya lambang terbaik untuk pemerkasaan wanita.

“Disebabkan pelbagai kes mengenai gangguan seksual yang melanda industri filem, saya amat bersyukur Pitch Perfect 3 diarahkan wanita. Ia mengenai wanita yang datang dari pelbagai latar belakang dan semuanya berkisar pemerkasaan.

“Tahun ini, saya sangat gembira apabila dapat membintangi Pitch Perfect 3 selain berlakon dan menerbitkan dua lagi filem lain. Saya sangat seronok melihat lebih ramai wanita mengarah, penulis skrip dan penerbit yang bagi saya menjadikan industri filem jauh lebih baik,” katanya.

The post Perjuangan Anna berjaya appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perjuangan Anna berjaya

Sekianlah artikel Perjuangan Anna berjaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perjuangan Anna berjaya dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/perjuangan-anna-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :