Jamal patut dikena tindakan undang-undang

Jamal patut dikena tindakan undang-undang - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal patut dikena tindakan undang-undang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal patut dikena tindakan undang-undang
link : Jamal patut dikena tindakan undang-undang

Baca juga


Jamal patut dikena tindakan undang-undang

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos perlu dikenakan tindakan Undang- undang Malaysia Akta 574, kata Exco Pemuda Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

Katanya, Jamal telah membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam ke atas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurutnya, Jamal sengaja mengaibkan kehormatan Mahathir dengan membuat laporan polis ke atas tindakan penyerahan pingat kebesaran kepada pihak istana.

“Kami ingin mengambil kesempatan untuk ‘mendidik’ tindakan Jamal  membuat suatu laporan polis terhadap Mahathir dan Siti Hasmah Mohamad Ali kerana memulangkan darjah kebesaran kepada pihak istana.

“Tindakan Mahathir dan Siti Hasmah tidak bercanggah dengan kebebasan asasi seseorang individu sepertimana yang termaktub dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehari selepas melabelkan Mahathir sebagai kebudak-budakan kerana memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor,  Jamal dilaporkan cuba menyekolahkan bekas perdana menteri itu.

Dengan membawa buku sekolah, pemimpin akar umbi Umno itu menyarankan Mahathir dan Siti Hasmah kembali ke darjah satu dan mempelajari Rukun Negara sekali lagi.

“Mungkin (Mahathir) dah lupa, mungkin terlalu tua, ketiga-tiga mereka ini pun dah terlalu tua dan terlupa erti Rukun Negara,” katanya kepada pemberita di balai polis daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau sebelum itu membuat laporan polis terhadap Mahathir, Siti Hasmah dan bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Jamal yang juga adalah pemimpin gerakan Baju Merah, tindakan Mahathir memulangkan pingatnya itu sebenarnya adalah sebagai tanda “bantahan” terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila menerima teguran dari Sultan Selangor, beliau cuba memperlekehkan atau buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran.

“Mereka ini tidak mematuhi peradaban yang kita dari kecil lagi diajar tentang Rukun Negara,” katanya merujuk kepada rukun kedua iaitu “Kesetiaan kepada raja dan negara”.

Mahathir dan Siti Hasmal mengembalikan  pingat serta anugerah berkenaan kepada pihak istana pada 7 Disember lalu.

Sementara itu, Mohd Ashraf berkata, Jamal  seolah-olah cuba menjadi penghasut atau pengadu domba dengan melaga-lagakan pihak istana dan pemimpin tersohor negara serta memberi gambaran tidak benar tentang situasi yang berpunca daripada salah faham antara dua pemimpin tanah air.

“Tindakan tidak bertanggungjawab oleh Jamal membuka ruang kepada pertelingkahan sia-sia antara rakyat lantas mengganggu gugat keharmonian negara khususnya Selangor.

“Malah tindakannya mempersoalkan kebebasan hak asasi juga bercanggah dengan prinsip Rukun Negara Ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan,” katanya lagi.

The post Jamal patut dikena tindakan undang-undang appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Jamal patut dikena tindakan undang-undang

Sekianlah artikel Jamal patut dikena tindakan undang-undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal patut dikena tindakan undang-undang dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/jamal-patut-dikena-tindakan-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :