Judul : BMW hilang kawalan, lima cedera ringan
link : BMW hilang kawalan, lima cedera ringan
BMW hilang kawalan, lima cedera ringan
LIMA pengunjung sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru cedera ringan apabila sebuah BMW yang dipercayai hilang kawalan, melanggar mereka yang sedang beratur untuk membayar tiket parkir, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika hendak meletakkan kenderaannya di kawasan pusat beli-belah itu sebelum terlajak dan melanggar pengunjung lain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Deputi Superintendan Kumarasan Muniandy berkata, akibat kemalangan itu, orang awam yang sedang beratur untuk membayar tiket parkir cedera ringan.
"Dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dengan ambulans, manakala tiga lagi dibawa menggunakan kenderaan sendiri untuk mendapatkan rawatan.
"Lelaki yang juga pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaannya rosak di bahagian hadapan akibat kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Video dan gambar kejadian itu dikongsi seorang saksi di tempat kejadian dan dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) sebelum tular sejak pagi tadi.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel BMW hilang kawalan, lima cedera ringan
Anda sekarang membaca artikel BMW hilang kawalan, lima cedera ringan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bmw-hilang-kawalan-lima-cedera-ringan.html