10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka

10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka
link : 10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka

Baca juga


10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka

10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka

Bagi korang yang mempunyai masalah kulit muka tu, mesti macam-macam cerita yang pernah terjadi kat korang kan. Siap ada yang bermekap tebal-tebal padahal nak pegi jogging je pun, pastu kena sound dengan member. Padahal korang mekap tebal-tebal sebab malu bila orang tengok muka yang berjerawat tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Lebih teruk lagi, korang sanggup beri seribu satu alasan taknak jumpa kawan-kawan bila dorang ajak lepak!

Gif tak seindah realiti. Sebenarnya proses make-up ni mengambil masa 5 jam.

So untuk artikel kali ni, SOSCILI bekerjasama dengan member dari produk penjagaan kulit yang viral sekarang iaitu Cetaphil. Untuk pengetahuan korang, Cetaphil ni mempunyai banyak rekod pencapaian serta produknya jugak terbukti berkesan bagi menyelesaikan masalah penjagaan kulit dan ianya selamat digunakan untuk semua lapisan umur.

Tanpa membuang masa, kitorang pun mempersembahkan beberapa pengalaman dari pembaca SOSCILI, buat tatapan korang mengenai pengalaman permasalahan kulit yang paling tak boleh lupa…

1. Muka bersemut kerana madu

Ramai orang tahu madu mempunyai banyak manfaat. Kajian juga mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria. Ia juga turut digunakan dalam merawat masalah kesihatan dan kecantikan.

Imej dari voonik

“Saya salah pakai product, muka yang dulu elok terus jadi macam jalan tar 😭. Lepas bertahun muka iols masih lagi sensitif and penuh jerawat.”

Oleh kerana trauma dengan produk yang ada kat pasaran, dia pun cuba cara tradisional;

“Macam-macam petua guna tapi yang paling tidak boleh dilupakan petua sapu madu kat muka. Pergi guna madu ibu guna buat cornflakes madu tu, sekali bangun pagi habis muka merah-merah and ada la 2 3 ekor semut hurung muka.”- Amirah.

Menyesal dikemudian hari takde guna. Jerawat dah muka aku!

2. Muka terbakar gara-gara petua bawang putih

Kalau korang ni jenis yang kaki memasak, mesti korang perasan yang bawang putih merupakan salah satu rempah yang (boleh dikatakan) wajib digunakan dalam setiap masakan. Selain dapat memberikan aroma pada masakan, ia jugak mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dalaman mahupun kecantikkan luaran. (Tapi kena pandai macam mana nak guna, bukan macam kawan kita kat bawah ni…)

“Selepas baligh, muka naik jerawat yang sangat banyak. Pernah terbaca pasal petua titikkan bawang putih dekat mata jerawat. Masa tu tak faham apa maksud titikkan bawang putih, lepas tu tepek je bawang putih bawak tidur sampai esok hari.

Bukan je digunakan dalam masakan, malah ia jugak diaplikasikan dalam sinetron Indonesia! Imej dari Wikipedia.

“Bila bangun tengok kulit pipi terbakar dah rupanya. Dan dekat dua tiga bulan juga pipi jadi macam pengantin Korea. Nasib baik juga tak tepek satu muka. Adoi.” – Najwa.

3. Blackheads hilang, kulit pun hilang!

Masa zaman sekolahlah yang paling ramai mengalami masalah kulit muka. Maklumlah, waktu tu kita semua tengah mengalami perubahan hormon.

“Outbreak yang paling teruk masa umur 13. Sampaikan penuh kat dahi. Masa solat terutamanya masa sujud, rasa macam nak menangis sebab pedihnya dahi. Cemburu tengok muka mak sebab kulit dia tak pernah berjerawat. Masa tu mak cakap, letak bedak dekat muka masa nak picit blackheads, jadi senang nak keluar blackheads tu.”

Kalau takde bedak, tepung pun boleh. Tambah sikit dengan serbuk penaik! Imej dari memegenerator

“Saya terlebih pandai. Pakai kain batik buat alas jari masa nak picit. Hasilnya? Blackheads hilang, kulit pun HILANG. Sumpah serik. Melecet habis! Berparut sebulan. Sumpah taknak buat dah. Serik!” -Zul.

4. Ubat resdung pulihkan jerawat?

“Masa tingkatan 3 muka banyak sangat jerawat. Adik pun alami masalah yang sama. Pujuk emak belikan ubat untuk hilangkan jerawat. Emak belikan ubat resdung untuk sapu dekat muka. Redha je masa tu.

Tapi ubat tu punyalah pedih masa letak kat muka. Saya dengan adik lepas sapu kat muka je mesti akan duduk depan kipas sambil air mata meleleh tahan pedih.”

Korang mesti selalu buat camni kan? Tak boleh sesaat terlepas dari kipas.

“Alhamdulillah berkat ubat resdung yang emak belikan dan air mata yang mengalir sebab pedih, muka saya dan adik baik dari masalah jerawat sampailah sekarang.”-Rozhafila.

Yeahh akhirnya kitorang jumpa pun perkongsian yang mengamalkan petua ni, berakhir dengan happy ending. *clap

Resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berkaitan. Ia berpunca dari alahan terhadap habuk, pemakanan, pencemaran dan yang sewaktu dengannya. Malah kalau tak dirawat,ianya  boleh membawa MAUT!

5. Kulit muka kering dan tak boleh kena panas

Diriku sering dikecam, padahal bukan keinginan ku jadi begini. Imej dari bbc

“Saya start kulit kering sejak berumur 13 tahun. Kulit saya sensitif tak boleh kena panas. Bila kena panas, akan jadi merah. Seminggu lepas tu menjadi hitam, selang seminggu akan menggelupas. Pedih dan gatal sangat-sangat. Saya garu kulit muka saya sampai terluka. Sehingga ke hari ini.”-Aqila.

Kalau kulit korang jenis yang sensitif ni, cubalah cari produk pembersih dan pelembab yang paraben serta perfume free dan cuba berhenti dari memakai pelembab yang memutihkan.

6. Kulit berminyak membuatkan mekap bercapuk

Haa barulah putih!

“Saya mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat-jerawat kecil sering muncul di setiap sudut ruang muka. Keyakinan diri saya agak rendah bila keluar dengan rakan-rakan kerana mereka memiliki kulit muka yang licin dan flawless tanpa masalah manakala kulit muka saya amat ketara bezanya.

Apabila keluar dari rumah, saya memakai makeup dan makeup itu bercapuk dan kelihatan tidak sempurna apabila muka saya sering berminyak.”- Syafiqah.

Bila mekap jadi tak sempurna, tu yang ramai orang pompuan mula berkampung kat toilet setiap beberapa jam sebab nak tacap semula mekap. Kalau tak kena gaya, mau macam wayang opera dah jadinya. *Jangan maraaaa haaaa*

Nasiblah kalau ada kaki mekap dalam kereta.

7. Doktor pakar sarankan guna non-soap product

Pernah tak korang terpikir, macam mana orang yang menghidap penyakit kulit ni memilih pencuci muka dorang? Sebab kalau tersalah pilih, makin melarat lah penyakit dorang tu…

“Saya mengalami ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan saya menderita penyakit kulit yang digelar Psoriasis. Saya kini berusia 26 tahun dan telah mengalami penyakit ini sejak berumur 10 tahun. Saya disarankan oleh doktor pakar untuk hanya menggunakan ‘non-soap product’ untuk kulit saya.” – Marietha.

Penyakit Psoriasis ni dialami oleh satu hingga tiga peratus daripada penduduk kat Malaysia dan ia turut dialami kanak-kanak.

Penderita masalah psoriasis. Imej dari penyakitpsoriasis.blogspot.

8. Takde keyakinan nak tangkap gambar

“Saya mempunyai masalah muka yang berminyak dan kulit kusam. Bila bergambar bersama keluarga atau kawan saya akan berasa sangat malu mempunyai kulit muka yang tidak lawa seperti mereka. Ada masanya kulit muka saya juga akan tumbuh jerawat yang sangat teruk.” – Izhariah.

Perkara ni memang selalu terjadi lagi-lagi kat kaum hawa. Bila lepak dengan kawan-kawan opkos nak selfie dan upload kat Instagram or Facebook, tapi kalau kulit muka mengalami masalah, tu yang terus rasa down gile!

Perkara wajib setiap kali lepak dengan kawan-kawan. Gif dari giphy

9. Muka mula-mula elok, tapi jadi teruk cadangan kawan

Yang ni pulak lain ceritanya, dimana muka dia takde pun masalah dan dilahirkan dengan kulit cerah tapi disebabkan dengar cakap kawan untuk guna produk jenama ABC, akhirnya bahana menimpa….

“Dah nama pun manusia, mesti nak lebih kan? Kulit dah asal ok, tapi gatal nak tambah-tambah. Mula-mula pakai ok, kulit takde jerawat dan makin putih. Disebabkan set tu mahal, terus stop pakai. Muka pun jadi kemerah-merahan, jerawat naik. Lepas tu bos kat tempat kerja recommend pakai cuka epal buat as a toner. Mula tu ok. Tapi tak lama dia jadi makin teruk. Muka terbakar, sampai berparut-parut.”

Muka yang takde masalah pun boleh jadi masalah.

Aduhhh sudah jatuh ditimpa tangga  berjerawat ditimpa parut pulak! Hmm nampaknya dia ni sekali lagi terpedaya dengan ajakan orang sehingga muka makin teruk.

“Lama jugak nak sembuh sampai lah saya terjumpa cetaphil ni. First pakai, muka rasa lega. Sekarang dah 3 bulan pakai cetaphil. Kulit makin ok, jerawat pun dah tiada!” – Husni.

10. Diperlekehkan kerana muka berjerawat!

Bukan saya minta dilahirkan dengan muka berjerawat!

“Mulanya muka saya tiada masalah tapi selepas saya berkerja di kedai makan yang penuh dengan asap muka saya menjadi semakin teruk.

Nak jadikan cerita, ada seorang hamba Allah (lelaki) nak berkawan. Sedang-sedang kami membuat kerja dalam laptop, dia ternampak gambar wajah saya yang nampak okay, dan terus dia bercakap ‘dalam gambar lawa, depan tak pun’.”

Perghh, memang sentap abis lah ayat dia ni. Pedih rasanya bagai dihiris-hiris dengan pisau!

Imej dari mememaker

“Hati mula sebakkk, bagai bertakung air yang penuh. Sedihnya rasa. Bukan itu sahaja, ramai kawan saya jugak bercerita, ‘nasib lah muka aku takde masalah’. Sampai saya terpikir hina sangat ke muka berjerawat ni? Kotor sangat ke? Macam mengalahkan sampah yang busuk je.

Selepas itu, ada kawan saya mengesyorkan guna cetaphil. Setelah 2 minggu mencuba saya sudah nampak kesannya.”-Fatin.

Imej dari memegenerator

Cetaphil bukan je berguna untuk membantu kulit berjerawat, tapi untuk pelbagai jenis kulit!

Cerita ni semua mungkin ada yang buat korang tergelak dan mungkin ada jugak membuat korang rasa geram dan sedih. Tapi bayangkanlah betapa segannya kita nak berhadapan orang bila mengalami masalah kulit muka.

So kalau tak nak letak muka bawah meja or sembunyi muka belakang kawan bila amik gambar time lepak kat mamak tu, apa kata korang try Cetaphil ni sebab….

Imej dari Cetaphil

Cetaphil telah disarankan oleh dermatologi untuk pengguna di seluruh dunia sejak tahun 1947 dan merupakan jenama penjagaan kulit  no.1 di Malaysia!

Walaupun pada dasarnya kita semua mempunyai kulit yang berbeza-beza, kering, normal dan sensitif. Tapi apa yang bestnya dengan Cetaphilni, walau apa pun jenis kulit muka, korang selamat untuk menggunakannya dan ianya jugak selamat digunakan untuk ibu-ibu mengandung. Bukan je sebagai pembersih muka, malah ia jugak turut ada pelembab tau!

So…. korang tunggu apa lagi??

Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka

Sekianlah artikel 10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 rakyat Malaysia berkongsi pengalaman masalah kulit muka dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/12/10-rakyat-malaysia-berkongsi-pengalaman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :