Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?

Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?
link : Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?

Baca juga


Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?

Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?

Kebanyakkan daripada kita rakyat Malaysia (terutamanya orang Melayu) boleh menulis dan membaca tulisan jawi dengan baik. Tapi menurut Datuk Ayub Rahmat (Exco kerajaan negeri Johor), jumlah tu dah mula berkurangan.

Profesor Kang Kyoung Seok dapat anugerah. Imej dari theborneopost.com

Walaupun kat Malaysia ni dah berkurangan, tapi kat luar negara macam Korea Selatan, tulisan Jawi masih dipandang tinggi sampai ada sorang profesor ni sanggup mengkaji dan mempertahankannya.

Apa yang lebih menariknya ialah, dia jugak merupakan satu-satunya warga Korea Selatan yang diiktiraf Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pakar tulisan jawi.Tapi, macam mana orang Korea ni boleh tahu pasal tulisan Jawi?

Muncul minat yang sangat mendalam kepada tulisan jawi

Profesor Kang Kyoung Seok ni mula mengenali tulisan Jawi daripada pensyarahnya, masa dia belajar kat Universiti Hankook, Korea Selatan. Pensyarah dia ni selalulah cerita kat dia tentang keunikan tulisan Jawi. Secara tak langsung, ia dah buatkan dia berminat dengan tulisan jawi. Tapi apa yang mengecewakan dia adalah, pensyarahnya tu masih lagi tak tahu dengan mendalam tentang Jawi.

Cuba korang baca tulisan Jawi tu. Imej dari jqaf-santan.blogspot.my

Jadi pada tahun 1984, dia terus ambil keputusan untuk sambung belajar kat Malaysia dalam bidang pengajian Melayu. Sebab dia tahu yang Jawi ini sebenarnya berasal daripada Malaysia. Dan, apa yang dia telah buat ialah…

Tulis surat kepada kerajaan Malaysia dengan guna tulisan Jawi

Lepas dia dah belajar dan dapat baca tulisan jawi, Prof Kang pun terus tulis surat ke kerajaan Malaysia bagi menyatakan hasratnya untuk sambung pengajian kat Malaysia. Tapi sayangnya, suratnya tu tak dapat respond  walaupun dia dah bagi surat tu dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Mandarin.

Oleh kerana dia taknak mengalah, akhirnya dia pun menulis sekali lagi surat ke kerajaan Malaysia dengan menulis dalam tulisan jawi pulak.

Profesor Kang bersama Utusan Melayu versi Jawi. Imej dari Utusan.

“Bukan mudah untuk saya masuk ke sini (Malaysia) kerana saya telah memohon beberapa kali untuk melanjutkan pengajian sehinggalah suatu hari saya menggunakan tulisan jawi untuk membuat permohonan itu.” – Prof. Dr Kang Kyoung Seok. Dipetik dari Kosmo.

Lepas je dia hantar surat tu, tak sampai beberapa hari kerajaan Malaysia dah bagi jawapan untuk surat permohonan dia.

Tanpa berfikir panjang, Prof Kang pun terus ambil keputusan nak sambung pengajian kat Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana dari Akademi Pengajian Melayu pada tahun 1987. Tak lama lepas tu, dia pun dapat gelaran Doktor Falsafah pulak daripada universiti yang sama.

Prof dari Korea ni risau tulisan jawi akan pupus ditelan zaman

Sebenarnya dia dah mengkaji tentang tulisan Jawi ni lebih dari 40 tahun, sejak dari 1974 lagi. Jadi tak pelik lah kenapa dia memang berminat sangat dengan tulisan Jawi ni.

Prof Kang sedang menulis menggunakan tulisan Jawi. Imej dari ismaweb.net

Dia turut menyatakan kebimbangannya tentang tulisan jawi ni sebab takde generasi muda yang pakar dalam bidang ni.

“Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan Jawi nanti?” -Dipetik dari SINAR

“Tulisan jawi milik setiap rakyat Malaysia, mereka paling layak mempertahankan tulisan ini.” – Dipetik dari harakahdaily.net

Tambah Prof Kang lagi, media-media sepatutnya menggunakan tulisan Jawi ini dengan lebih banyak dan meluas. Dia jugak berharap yang akhbar tulisan Jawi macam Utusan Melayu (versi jawi) diterbitkan semula supaya lebih ramai orang dapat membacanya.

Artikel akhbar tentang Prof Kang dalam tulisan Jawi. Imej dari jalanialbarawiy.blogspot.my

Untuk pengetahuan korang, ramai je orang dari luar negara berminat nak mengkaji tulisan Jawi. Jadi, dia ada cadangkan untuk mempopularkan kembali tulisan Jawi dengan memasarkannya secara luar biasa melalui penyanyi PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style.

Apa yang menariknya, dia jugak berpendapat tulisan Jawi ni bukan hanya untuk diwarisi oleh orang Melayu je, tapi ia sepatutnya dijadikan tulisan yang universal untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Utusan Melayu lama. Imej dari wikiwand.com

Lagipun kalau nak diikutkan, sebelum tahun 1960-an semua rakyat Malaysia (Tanah Melayu pada masa tu) boleh terima sistem tulisan Jawi ni tak kira apa bangsa sekalipun.

Lepas tu pulak, dia bagi cadangan supaya sistem ejaan Jawi sekarang dikembalikan semula ke sistem ejaan Jawi Za’ba yang mana lebih ringkas dan senang untuk dipelajari. Jadi rakyat Malaysia lebih tertarik untuk menggunakan sistem tulisan Jawi.

“Ini kerana asas ejaan Jawi Za’ba menggunakan asas yang sama dengan tulisan Jawi kuno yang berasal daripada tulisan al-Quran. Tulisan Jawi sekarang asasnya daripada tulisan rumi yang ‘lari’ daripada asas tulisan Jawi kuno.” – Prof. Dr Kang Kyoung Seok. Dipetik dari SINAR

Arwahyarham Zainal Abidin Ahmad ataupun Za’ba. Imej dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Universiti kat Korea ni tawarkan jurusan jawi

Kalau korang nak tau, sebenarnya ada satu universiti iaitu Daegu University of Foreign Studies (DUFS) ada menawarkan satu jurusan untuk belajar tulisan Jawi, iaitu Jawiology! Ilmu tentang jawi ataupun Jawiology ni terletak di bawah bimbingan Fakulti Asia Tenggara dekat DUFS ni.

Prof Kang ni juga sebenarnya adalah seorang Dekan untuk fakulti tersebut. Jadi tak hairan la kalau ada jurusan Jawiology ni kan? Dia juga cakap yang dorang akan fokuskan pengajian dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

“Kuliah Jawiology mendapat sambutan baik, ramai minat belajar. Tetapi penting bagi saya ialah membuat lebih banyak kajian mengenai ilmu Jawi supaya kita semua dapat tahu lebih dalam mengenai Jawi” – Dipetik dari Astro Awani.

Prof Kang bersama pelajarnya di Korea Selatan. Imej dari Malay Mail Online

Sekarang ni pulak, DUFS dah ada buat program pengajian kerjasama dalam pengajian Jawiology dengan universiti kat Malaysia dan dorang jugak akan terima pelajar dari negara-negara lain untuk belajar dalam kursus ni.

Punyalah nak belajar Jawi, sampai ke negara Jepun

Prof Kang juga ada hantar dua pelajar dia ke luar untuk belajar lebih mendalam tentang tulisan Jawi niSorang dihantar ke Jepun, sorang lagi ke Malaysia.

Macam pelik je nak belajar Jawi tapi dihantar ke negara…. Jepun? Kalau korang nak tau, sebenarnya kat Jepun ada banyak bahan tulisan yang berasaskan Jawi dari tahun 1940-an yang digunakan untuk mengajar tentera Jepun semasa dorang nak dihantar ke Malaysia dan Indonesia.

Kalau difikirkan balik, sebenarnya banyak juga manuskrip-manuskrip atau pun bahan bacaan Jawi yang berada di luar negara Malaysia. Untuk maklumat, dianggarkan lebih dari 20,000 manuskrip Jawi ada di serata dunia ni dan hanya 4,884 manuskrip je yang berada di Perpustakaan Negara Malaysia. Jadi ni bermakna, ada lebih kurang 15,000 manuskrip Jawi  berada kat luar negara?!

Gambar contoh manuskrip Jawi Melayu lama. Imej dari twtbuku.com

Pelajar yang dihantar ke Malaysia tu bernama Lee Han dan ditempatkan kat Universiti Putra Malaysia (UPM) dibawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Lee Han ni juga ada pasang cita-cita nak jadi pakar Jawi lepas dia tamat pengajian nanti. Hebat kan? Kita rakyat Malaysia yang sudah dekat dengan tulisan Jawi pun mesti tak terlintas nak jadi pakar dalam tulisan Jawi.

Dia jugak akan melanjutkan pelajaran dekat United Kingdom dalam bidang Sarjana dan PhD sambil menterjemah bahan-bahan Jawi yang ada dekat British Library dan Bodleian Library di University Oxford.

“Saya mahu hantar anak Korea ini ke banyak pelusuk dunia untuk meraih kesempurnaan (mempelajari dan menjadi pakar) sistem tulisan Jawi setanding dengan generasi muda Malaysia supaya nanti orang Korea, Malaysia juga negara lain berganding bahu mempertahankan Jawi.

Ini tugas saya sebagai pencinta Jawi dan misi saya untuk masyarakat Malaysia yang mengajar saya tulisan Jawi yang amat saya sayangi. Saya percaya semua termasuk orang Korea dan Malaysia mampu pertahan Jawi” – Profesor Kang Kyoung Seok Dipetik dari Berita Harian

Batu bersurat yang bertulisan Jawi di Terengganu. Imej dari visit-terengganu.net

Dalam usaha nak cipta keyboard jawi

Kini Prof Kang tengah berusaha untuk membangunkan papan kekunci (keyboard) yang menggunakan sistem tulisan Jawi. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) jugak dah bersedia nak tolong dia dalam usaha ni.

“Ketika ini projek tersebut berada pada fasa terakhir dan saya yakin dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pada tahun 2019 sekaligus memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Dengan adanya papan kekunci itu, tulisan Jawi akan terus dimartabatkan serta dikembangkan ke serata pelusuk dunia.” – Profesor Kang Kyoung Seok. Dipetik dari Utusan

Lepas ni mungkin pelajar Prof Kang kena menaip jawi sepenuh masa. Imej dari Utusan.

Selain dari itu, dia jugak nak cipta mesin pengimbas yang boleh terjemahkan tulisan-tulisan Jawi kepada lain-lain bahasa. Dia rasa teknologi macam ni boleh tolong peminat-peminat tulisan Jawi macam dia. Kalau la kita melihat usaha-usaha Profesor Kang ni, nampaknya dia ni memang betul seorang yang cintakan tulisan Jawi!

Kita rakyat Malaysia yang harus memartabatkan tulisan jawi

Kalau la seorang profesor dari Korea Selatan boleh mencintai dan sanggup untuk mempertahankan tulisan Jawi, apatah lagi kita rakyat Malaysia ni kan?

Kita seharusnya memartabatkan tulisan Jawi ini ke peringkat yang lebih tinggi bagi mengekalkan kebudayaan dan keunikan yang ada di negara ni tak kira bangsa dan juga agama. So kita boleh la start kembalikan budaya Jawi ini dengan menulis tulisan Jawi, ataupun kalau korang nak melatih bacaan Jawi korang ke, boleh lah layari laman web utusanmelayu.com.my.

Laman web ni sebenarnya adalah hasil daripada keprihatinan sebuah syarikat korporat, iaitu JCorp untuk memelihara identiti orang-orang Melayu.

Signboard bertulisan Jawi di Kelantan adalah perkara normal. Imej dari kanggatheren-manogaran.blogspot.my

Laman web ni sama je macam portal-portal berita yang lain, tapi yang uniknya website tu guna tulisan Jawi! Mula-mula kita nak baca mungkin merangkak sebab dah lama tinggal Jawi, lama-lama bila dah terbiasa boleh la kita baca tulisan Jawi macam kita baca huruf rumi.

Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya?

Sekianlah artikel Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Professor Korea ni memperkenalkan pengajian Jawi di negaranya? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/professor-korea-ni-memperkenalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :