Mell milik Wan

Mell milik Wan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mell milik Wan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mell milik Wan
link : Mell milik Wan

Baca juga


Mell milik Wan

DENGAN sekali lafaz, penyanyi Melley Matius sah bergelar isteri pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan atau Wan, jam 9.35 pagi, hari ini.

Melley atau Mell, 29, yang juga vokalis Sakura Band, dinikahkan oleh kadi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Datuk Mokhtar Apok berwalikan hakim dengan mas kahwin RM300.

Mell lega kerana acara berjalan lancar sebagaimana dirancang dan dihadiri keluarga kedua-dua pihak.

Dalam majlis itu, rombongan Wan membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh.

“Majlis ini dirancang sejak pertengahan tahun dan syukur segalanya berjalan lancar.

“Saya kini selamat bergelar isteri Wan. Majlis resepsi akan diadakan Ahad ini di Kota Kinabalu (KK) manakala sebelah lelaki pada 24 Disember nanti di Kuala Lumpur (KL),” katanya.

Kata Mell, dia mahu fokus terhadap kerjaya sebaik selesai resepsi di KK dan persiapan majlis sebelah lelaki pula.

“Selepas majlis di KK, saya akan kembali ke KL untuk menyiapkan rakaman single baru.

“Setakat ini belum ada perancangan untuk berbulan madu kerana Sakura Band sibuk menyiapkan album yang bakal dilancarkan tahun depan,” katanya.

Mell dan Wan menjalin cinta sejak lima tahun tetapi hanya baru-baru ini saja diketahui media.

Pada 10 Oktober lalu, Mell berkongsi berita mengenai dirinya memeluk Islam di Instagramnya pada 10 Oktober lalu, sempena ulangtahunnya yang ke-29. Keputusan Mell itu disokong ibunya, Nur Batrisyah, 46.

The post Mell milik Wan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Mell milik Wan

Sekianlah artikel Mell milik Wan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mell milik Wan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/11/mell-milik-wan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :