Juara AF Megastar Milik Idayu

Juara AF Megastar Milik Idayu - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Juara AF Megastar Milik Idayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Juara AF Megastar Milik Idayu
link : Juara AF Megastar Milik Idayu

Baca juga


Juara AF Megastar Milik Idayu

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Idayu menepati ramalan apabila muncul sebagai juara AF Megastar yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob, 32, itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Idayu turut menerima hadiah pakej percutian 10 hari tujuh malam ke Turki untuk dua orang dan hadiah sampingan lain.

Pada pertandingan akhir itu, Idayu menyanyikan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey selain single terbaharu berjudul Selamanya ciptaan Amylea Azizan.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini.

Sementara itu, trofi Ultimate Performer konsert akhir AF Megastar menjadi milik Syamel dan dia mendapat RM3,000.

Marsha pula menjadi pilihan peminat apabila memenangi Anugerah D’herbs hasil undian yang dibuat menerusi Instagram dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.
Peringkat akhir itu menyaksikan kesemua lima peserta perlu mendendangkan sebuah lagu pilihan sendiri dan single terbaharu mereka.

Kesemua peserta dihakimi tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk Awie.

Juri profesional mewakili 60 peratus markah manakala selebihnya undian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Idayu dalam ucapan kemenangannya menyifatkan ia penantian berbaloi selama 12 tahun bergelar penyanyi.

Malam kemuncak itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Joe Flizzow dan SonaOne menerusi lagi Apa Khabar dan Havoc.

AF Megastar disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Dalam perkembangan lain, program Akademi Fantasia mencatat sejarah apabila ia diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rancangan Nyanyian Realiti Televisyen Paling Lama Berlangsung iaitu selama 14 tahun.

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi kepada Pengurus Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad.

The post Juara AF Megastar Milik Idayu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Juara AF Megastar Milik Idayu

Sekianlah artikel Juara AF Megastar Milik Idayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Juara AF Megastar Milik Idayu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/10/juara-af-megastar-milik-idayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :