Judul : Sedapnya Makan Makanan Pedas! Ini 9 Kebaikan Cili Perlu Anda Tahu
link : Sedapnya Makan Makanan Pedas! Ini 9 Kebaikan Cili Perlu Anda Tahu
Sedapnya Makan Makanan Pedas! Ini 9 Kebaikan Cili Perlu Anda Tahu
Cili tidak asing lagi dalam masakan Asia terutamanya dalam masyarakat Melayu, Thailand dan masakan India. Kalau makan apa-apa menu masakan tanpa cili, rasa tak puas. Rasa seolah-olah tidak lengkap menu tersebut. Kadang-kadang tu, kalaupun masakan tak banyak menggunakan cili, kita buat sambal belacan pula untuk menambah 'kick'. Fuhhh... kalau makan nasi panas-panas dengan sambal belacan memang kaw tersangatlah kan. Sungguh la, tak puas kalau tiada cili dalam masakan, terutamanya dalam menu masakan tengahari. kan? Namun begitu, tahukah anda, apa kebaikan cili kepada kesihatan kita? Mungkin selama ni tidak terfikir apa kebaikan cili untuk kita, sekarang mari saya kongsikan.
terangkatttt kalau dapat makan cili padi ni... fuhh..
Cili mengandungi komponen aktif yang dinamakan Capsaicin yang sangat penting dan bagus untuk kesihatan kita.
Apa faedah dan kelebihan Capsaicin dalam cili ini ya? Jom saya kongsikan:
1) Menurunkan Kadar Gula Darah
Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.
2) Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok
Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi daripada strok.
3) Tahukah anda, cili boleh bertindak sebagai penahan sakit??
Apabila cili dimakan, makanan tersebut akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Para penyelidik di Universiti Harvard menyatakan bahawa mereka percaya capsaicin boleh digunakan untuk mensasarkan reseptor rasa sakit, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan. Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid dan arthritis. Ubat penahan sakit yang ada di pasaran sekarang boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu jom kita gantikan dengan pengambilan cili secara berterusan sebagai alternatif untuk menahan rasa sakit.
4) Bertindak sebagai Terapi dan Penenang
Bukankah pelik, bagaimana benda yang sangat pedas tapi kita suka sangat makan sehinggakan tak boleh tiada. Ini sebenarnya adalah kerana endorphin yang dikeluarkan oleh otak akan memberikan rasa nikmat apabila dimakan, membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk makannya lagi walaupun ianya pedas. Sebab tu rasa seronok dan puas kalau dapat makan masakan yang ada cili lebih-lebih lagi kalau cili digigit mentah-mentah. kan? letak dalam budu ke, buat cili kicap ke... fuhhh...
5) Mencegah Kanser Prostat
Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa orang yang makan banyak cili mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser prostat, kata Bosland [Sumber: ABC News].
6) Bertindak selaku antibiotik semulajadi
Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.
7) Bertindak sebagai antioksidan
Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.
8) Melegakan selsema dan asma
Cili memberikan kelegaan daripada hidung tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga mengembangkan saluran udara paru-paru yang mengurangkan asma. Kalau rasa dada sempit dan seolah-olah asma sedang menyerang, cepat-cepat makan cili. Hehe.. :)
9) Cili Membantu Membakar Lemak
Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam!! Haaa.... kan dah dapat tips nak turunkan berat badan tu, dengan makan cili dalam diet anda.
jom sama-sama tanam cili sendiri dekat belakang rumah ke dalam pasu ke.. :)
Fuyyooohhh... rupanya banyak sangat kebaikan dan kelebihan makan cili ni ya. Rugi besar kalau seseorang tu tidak sukakan masakan pedas dan cili, kan? Produk Shaklee tak ada pula yang diperbuat daripada cili. Kalau ada pun, pasti tidak setanding dengan makan sambal belacan atau cili yang dipenyek-penyek dalam budu dan tempoyak, kan? :)
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sedapnya Makan Makanan Pedas! Ini 9 Kebaikan Cili Perlu Anda Tahu
Anda sekarang membaca artikel Sedapnya Makan Makanan Pedas! Ini 9 Kebaikan Cili Perlu Anda Tahu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/sedapnya-makan-makanan-pedas-ini-9_29.html