Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan

Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan
link : Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan

Baca juga


Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan

SELEPAS sukses dengan Kingsman: The Secret Service, filem aksi spy arahan  Matthew Vaughn ini muncul dengan sekuel terbarunya, Kingsman The Golden Circle yang menjadi antara filem paling dinanti tahun ini.

Masih mengekalkan Taron Egerton dan Colin Firth sebagai penggerak utama, filem ini tampil pelbagai aksi yang lebih hebat dan menghiburkan.

Meski adakala tampil dengan babak klise dari filem terdahulu, namun Matthew Vaughn selaku pengarah sentiasa bijak menggunakan kreativitinya mengaburi situasi itu dengan elemen lebih menarik.

Untuk sebuah filem aksi, pasti sahaja babak aksi tangkas luar biasa menjadi taruhan untuk memberi unsur kekaguman kepada penonton. Disebabkan itu, Matthew memastikan elemen tersebut dapat dijayakan dengan sempurna sekali.

Sebagaimana filem pertamanya, sekuel kali ini turut menampilkan pelbagai gajet canggih dan senjata hebat untuk disesuaikan dengan kelincahan dan kepintaran teraju utamanya menyelesaikan misi yang dikendalikan mereka.

Kingsman: The Golden Circle mengisahkan perisik muda, Eggsy (Taron Egerton) dan Merlin (Mark Strong) terpaksa ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan Statesman iaitu kumpulan perisik terkenal selepas ibu pejabat mereka dimusnahkan musuh yang dikenali The Golden Circle.

Eggsy bersama ejen perisik Statesmen mula berganding bahu menumpaskan The Golden Circle yang melancarkan misi untuk memusnahkan dunia.

Filem ini berjaya menghiburkan penonton dengan aksi dan babak menarik sejak awal hingga pertarungan kemuncak antara Egssy dan seterunya.

Lebih menarik adegan aksi dan lucu digarap dengan begitu baik malah memberi lebih warna kepada sepanjang 140 minit durasi filem ini.

Cuma peminat setia sedikit kecewa apabila Taron Egerton selaku teraju utama dilihat tidak begitu menyerlah sebagaimana aksinya dalam filem pertama Kingsman.

Bagaimanapun kekurangan itu diatasi dengan persembahan mantap pelakon lain termasuk watak ketua penjahat, Poppy lakonan Julianne More.

Begitu juga dengan penampilan istimewa Elton John yang menggamatkan panggung dengan aksin lucunya.

Pakejnya tambah menarik dengan pemilihan muzik latar yang sangat kena dengan mood filem ini yang secara tidak langsung membuatkan penonton masuk dalam perjalanan watak di dalamnya.

Secara keseluruhan, filem ini sememangnya tidak harus dilepaskan.

The post Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan

Sekianlah artikel Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kingsman: The Golden Circle bukti kehebatan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/kingsman-golden-circle-bukti-kehebatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :