Judul : Jangan jadi bahan ketawa
link : Jangan jadi bahan ketawa
Jangan jadi bahan ketawa
aziman@hmetro.com.m
Bangkok: Pengurus pasukan Datuk Wira Yusoff Mahadi tidak mahu skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dijadikan bahan jenaka jika tewas kepada Mongolia pada aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23, jam 5 petang ini waktu Malaysia.
Pertemuan dengan Mongolia di Stadium Nasional Supachalasai itu bakal menjadi penentu sama ada skuad muda negara layak ke pusingan akhir di China selepas mengumpul tiga mata apabila menang 3-0 dengan Indonesia sebelum tewas dengan jumlah gol sama kepada Thailand.
Mongolia membuat kejutan apabila seri dengan Thailand 1-1, tapi dibelasah Indonesia 7-0 dan Yusoff percaya reputasi Malaysia akan tercalar dan sememangnya tidak layak ke pusingan akhir di China tahun depan, jika tewas hari ini.
“Kalau kalah dengan Mongolia sedangkan Indonesia belasah mereka 7-0, itu menunjukkan pasukan kita sebenarnya belum bersedia bukan hanya dari sudut fizikal, tapi mentaliti sebagai satu pasukan di peringkat lebih tinggi.
“Kalau itu betul-betul berlaku, kita harus melakukan ‘post-mortem’ atau kajian lebih terperinci kerana kita hantar pasukan ke luar negara bukan untuk menjadi bahan ketawa.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jangan jadi bahan ketawa
Anda sekarang membaca artikel Jangan jadi bahan ketawa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/jangan-jadi-bahan-ketawa.html