Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan

Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan
link : Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan

Baca juga


Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan

KUALA BERANG – Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati  Samsudin mengingatkan anggota pergerakan itu supaya tidak mempersoalkan tetapi sebaliknya menghormati calon  dipilih pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau berkata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak  sudah ada kaedah dan metadologi untuk memilih calon sesuai dan  tidak mahu adanya lagi berlaku kes ‘cah keting’ bagi mana-mana calon.

“Sama ada orang baharu, lama,  berpengalaman, berpelajaran  atau tidak sekalipun biarlah pucuk pimpinan UMNO yang tentukan.

“Tiada makna bagi Puteri jika kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk jailani Johari merangkap Ketua Bahagian Hulu Terengganu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu Rozita Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu merangkap  Ketua Wanita UMNO Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.

Mas Ermieyati turut mengingatkan anggota pergerakan itu agar menyelesaikan masalah dalaman parti sekiranya ada sebelum PRU14 diadakan.

“Yang penting di Parlimen Hulu Terengganu ini, kita ingin tawan kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di mana kali terakhir kita menang adalah pada tahun 1996… sudah hampir 21 tahun dan sekaligus mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen ini,” katanya. – BERNAMA

<iframe src=”https://www.youtube.com/embed/l2xTDE14kBU?ecver=1″ width=”560″ height=”315″ frameborder=”0″ allowfullscreen=”allowfullscreen”></iframe>

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan

Sekianlah artikel Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/usah-persoalkan-calon-dipilih-pucuk_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :