Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman

Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman
link : Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman

Baca juga


Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem-kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula kem di lokasi yang lebih sesuai, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum.

Beliau berkata sesetengah kem didapati tidak sesuai berada di lokasi sedia ada berikutan pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Kalau kita tengok sesetengah kem kita memang tak sesuai dengan keadaan pembangunan sekarang seperti lapangan terbang di Kem Sungai Besi.

“Begitu juga Kem Batu Kentomen, kalau kita tengok tempat itu sudah jadi tempat komersial yang mana tidak lagi sesuai dan kita melakukan pemindahan kem-kem kita ini mengikut jadual,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai satu surat terbuka yang ditulis oleh bekas pegawai ATM yang tular di media sosial mendakwa kerajaan berhasrat menjual empat lokasi kem tentera di ibu negara dan Johor Bahru.

Johari berkata kementerian masih berusaha mencari lokasi baharu bagi pembangunan semula beberapa kem tentera di kawasan yang sesuai bagi memberikan manfaat kepada anggota tentera termasuk membina kuarters yang lebih selesa dan moden.

Majlis Aidilfitri di Wisma Perwira, ATM di sini itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 anggota dan pegawai tentera serta keluarga selain delegasi tentera luar negara.

Turut hadir ialah Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman

Sekianlah artikel Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penempatan Kem Tentera Ikut Peredaran Zaman dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/penempatan-kem-tentera-ikut-peredaran_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :