Judul : Tiada kelulusan selagi tiada laporan terperinci - Fadillah
link : Tiada kelulusan selagi tiada laporan terperinci - Fadillah
Tiada kelulusan selagi tiada laporan terperinci - Fadillah
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan negeri menerusi ketua menteri Lim Guan Eng pada Mac lepas telah berjanji untuk menghantar kajian itu bagi membuat permohonan untuk dua projek berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini, mereka mendakwa kajian itu sudah siap lebih 80 peratus dan dijangka selesai pada Disember.
Justeru, katanya, selagi laporan kajian itu tidak dihantar kepada pihak kementerian, projek terbabit tidak boleh mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan.
“Mereka janji, mula-mula Disember, tapi tak selesai, patutnya bulan Jun inilah. Setakat ini kita belum terima. Mereka yang janji, merekalah yang patut beri, pihak kami tidak menetapkan tempoh,” kata Fadillah.Tambah Fadillah, kerajaan Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya tahun lepas untuk meminta kelulusan bagi pembinaan Jambatan Ketiga tanpa mengemukakan apa-apa dokumen sokongan.
Kerajaan negeri juga telah dimaklumkan untuk menyertakan surat sokongan juga kajian menyeluruh termasuk berkaitan trafik serta impak sosial untuk proses kelulusan.
Fadillah berkata beliau dimaklumkan bahawa kajian projek telah dilakukan dan bayaran kepada konsultan juga telah dijelaskan.
Tambah Fadillah, sepatutnya projek itu dibuat segera kerana bimbang kos akan meningkat.
Beliau berkata demikian selepas melawat projek menaik taraf jalan persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas pada Ahad.
Projek naik taraf jalan persekutuan FT006 berkenaan siap 93 peratus dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada 23 Disember ini.
Katanya, projek meliputi kerja pelebaran jalan daripada dua lorong sedia ada yang dinaik taraf kepada empat lorong itu merupakan kesinambungan kepada pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim yang telah beroperasi.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tiada kelulusan selagi tiada laporan terperinci - Fadillah
Anda sekarang membaca artikel Tiada kelulusan selagi tiada laporan terperinci - Fadillah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/tiada-kelulusan-selagi-tiada-laporan.html