Judul : Rasuah Bukan Lagi Ancaman Biasa – Datuk Dzulkifli
link : Rasuah Bukan Lagi Ancaman Biasa – Datuk Dzulkifli
Rasuah Bukan Lagi Ancaman Biasa – Datuk Dzulkifli
PUTRAJAYA – Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana ia mampu menggugat kesejahteraan dan keselamatan rakyat sehingga menyebabkan sesebuah negara yang stabil menjadi kucar-kacir.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata oleh itu rakyat perlu tampil membantu dan menyokong usaha SPRM dalam memerangi kelompok yang mengkhianati amanah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa.
“Jika tidak ditangani secara holistik, ancaman rasuah dan salah guna kuasa yang kian menular di semua peringkat masyarakat dikhuatiri bakal memusnahkan apa yang telah dikecapi negara selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Pahlawan esok.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama memikul tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan negara dengan mewujudkan persekitaran bebas daripada ancaman rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa keamanan yang wujud ketika ini adalah hasil perjuangan dan keberanian para perwira yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.
Seluruh warga SPRM melahirkan rasa bangga dengan pengorbanan seluruh perajurit, anggota keselamatan dan para pesara yang telah menggadai nyawa demi negara, katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rasuah Bukan Lagi Ancaman Biasa – Datuk Dzulkifli
Anda sekarang membaca artikel Rasuah Bukan Lagi Ancaman Biasa – Datuk Dzulkifli dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/rasuah-bukan-lagi-ancaman-biasa-datuk_30.html