Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah

Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah
link : Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah

Baca juga


Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah

KUALA NERANG – Sejumlah 1,857 daripada 12,090 hektar tanaman buah-buahan di Kedah melalui proses pemulihan dusun menerusi Program Pemilihan Buah-buahan yang membabitkan sebanyak 2,260 petani dalam usaha membantu meningkatkan hasil dan kualiti pengeluaran buah-buahan.

Pengarah Jabatan Pertanian Kedah Mohamed Bukhori Abdul Rahman berkata menerusi fasa pertama program itu dari 2014 hingga tahun lepas, sebanyak 776 hektar dusun membabitkan seramai 781 petani telah melalui proses itu dengan peruntukan sebanyak RM4.4 juta.

Selain itu, bagi fasa kedua dari tahun lepas hingga tahun ini pula, seramai 1,479 petani telah menyertai program itu membabitkan 1,081 hektar dengan peruntukan lebih RM1.2 juta.

“Melalui program ini, pemulihan bagi meningkatkan kualiti buah dengan cara menabur baja selain proses pemangkasan pada pokok buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis akan dibuat.

“Contohnya, mata tunas daripada pokok rambutan jenis ‘Anak Sekolah’ dan ‘Deli Baling’ akan dicantumkan di pokok yang sudah tua bagi mendapatkan hasil yang cepat dan berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Mesra Pelaksana dan Petani di Kampung Tanjung Putus di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Suraya Yaacob.

Mohamed Bukhori berkata program yang turut mendapat kerjasama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga melibatkan usaha membaik pulih tanaman yang sedia ada.

Beliau berkata proses yang dikenali sebagai proses ‘Meremajakan Semula Pokok’ itu dapat membantu mempercepatkan pengeluaran bunga dan penghasilan buah dengan hanya mengambil masa hampir dua tahun berbanding penanaman baharu iaitu selama lima tahun.

Dalam pada itu, Suraya berkata pengusaha dusun perlu bekerjasama dan membuat rujukan dengan Jabatan Pertanian bagi memastikan hasil pengeluaran buah-buahan yang konsisten.

“Sejak peringkat awal lagi pengusaha kena datang minta pandangan mereka (Jabatan Pertanian) bagaimana hendak menjaga tanaman, jangan bila dah tanaman tak menjadi baru nak minta tolong mereka. Pengusaha juga boleh mengguna pakai teknologi yang telah diusahakan oleh pihak mereka.

“Pemulihan dusun ini tidak boleh berlaku sekelip mata jadi pengusaha perlu mengamalkan cara pertanian yang baik dengan sentiasa memastikan tanaman dibubuh baja, diberi air dan cahaya yang cukup untuk proses penghasilan bunga dan buah,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah

Sekianlah artikel Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/proses-pemulihan-dusun-libatkan-1857_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :