Judul : Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Antara Punca Rabies
link : Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Antara Punca Rabies
Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Antara Punca Rabies
MARANG – Anjing dari luar negara dipercayai antara punca penyebaran Rabies atau penyakit anjing gila di Kuala Sepetang, Taiping, Perak kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata anjing tersebut dipercayai dibawa masuk oleh nelayan asing menerusi bot yang berlabuh di kawasan berkenaan.
“Kita dalam proses untuk menjejaki dari mana datangnya anjing-anjing ini agar penyakit ini lebih mudah untuk dikesan dan tidak dinafikan ia agak mencabar. Saya tidak akan bertolak ansur dengan penyakit ini kerana kematian di sebab virus tersebut pada zaman ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan tidak boleh diterima.
“Selain itu, cabaran utama kita (tangani Rabies) di Sarawak pula ialah jarak dan sempadan… kita harus mendapat kerjasama dengan negara jiran Indonesia untuk pergi ke kawasan yang terjejas teruk,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kilang Beras PRM Foods & Marketing Sdn Bhd di Bukit Kor, di sini, hari ini.
Shabery berkata pihak kementerian telah menghantar sebanyak 13,000 vaksin di Sarawak dan 6,000 vaksin ditambah pada hari ini supaya kawasan-kawasan dalam lingkungan pengawasan tersebut diperluaskan.
Sehingga kini, wabak berkenaan telah membunuh empat kanak-kanak di Sarawak dan semalam telah menjangkiti golongan dewasa apabila seorang lelaki berusia 52 tahun disahkan positif virus tersebut. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Antara Punca Rabies
Anda sekarang membaca artikel Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Antara Punca Rabies dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/anjing-dari-luar-negara-dipercayai_20.html