Projector Band bakal tukar vokalis baharu

Projector Band bakal tukar vokalis baharu - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projector Band bakal tukar vokalis baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projector Band bakal tukar vokalis baharu
link : Projector Band bakal tukar vokalis baharu

Baca juga


Projector Band bakal tukar vokalis baharu

VOKALIS kumpulan Projector Band yang dinyanyikan oleh Iskandar Dzulqarnain bakal digantikan dengan pemain gitar utamanya, Razif.

Razif berkata dia bakal mengambil tempat vokalis untuk beberapa lagu lain selepas ini kerana tidak mahu membebankan Iskandar sahaja yang sebelum ini hampir hilang suara ketika memenuhi undangan nyanyian dalam satu masa.

"Tahun lalu, ketika kami memenuhi banyak undangan nyanyian, Iskandar telah mengalami sedikit kerosakan pada kotak suara.

"Mana tidaknya, lagu Sudah Ku Tahu itu ada bahagian yang dia perlu menjerit dan disebabkan itu tekak Iskandar sakit apabila terlalu banyak menyanyikannya.

"Jadi kami berfikir untuk tidak mahu membebankan Iskandar, pihak pengurusan pun meminta saya untuk menyanyi juga selepas ini.

"Saya memang menyanyi dan mencipta lagu sebelum ini, malah penyanyi asal lagu Aisyah itu adalah saya. Jadi saya tiada masalah untuk menggantikannya," katanya kepada Astro Gempak.

Projector Band ditemui ketika mengadakan persembahan di Majlis Rumah Terbuka UiTM Holdings di Intekma Resort, Khamis lalu.

Bercerita mengenai undangan nyanyian pada Syawal lalu, Razif memberitahu Projector Band banyak membuat persembahan di rumah terbuka.

"Alhamdulilah Raya ni kami banyak menerima undangan nyanyian dan show masih berjalan seperti biasa.

"Pun begitu kami sempat bercuti dan beraya di kampung masing-masing selama dua minggu sebelum kembali bekerja," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain Projector Band sedang merakamkan single terbaharu mereka yang dijangka dikeluarkan pada awal tahun hadapan.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Projector Band bakal tukar vokalis baharu

Sekianlah artikel Projector Band bakal tukar vokalis baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Projector Band bakal tukar vokalis baharu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/projector-band-bakal-tukar-vokalis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :