Judul : Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal ke Taiwan
link : Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal ke Taiwan
Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal ke Taiwan
Bekas juara Selebriti Masterchef Malaysia, Datuk Fazley Yaakob, dilantik secara rasmi sebagai Duta Pelancongan Halal Ke Taiwan di Taipei oleh Biro Pelancongan Taiwan.
Menerusi laporan Harian Metro, pelantikan itu dibuat sempena Pameran Kulinari Taiwan 2017 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Taiwan, pada Ahad.
Sebagai duta, Fazley, 39, akan mempromosikan makanan halal termasuk lokasi pelancongan yang sesuai dikunjungi masyarakat Malaysia khususnya beragama Islam.
Fazley berkata, beliau cukup berbangga dan gembira diberikan peluang terbabit bertujuan menggalakkan pelancongan halal di Taiwan sekali gus menepis sebarang perasaan kurang yakin, was-was atau keraguan para pelancong dari luar untuk melawat ke Taiwan secara keseluruhan.
“Masih ramai yang tidak tahu bahawa ibu kota Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak kemudahan untuk orang Islam terutama makanan halal, hotel yang menunjukkan arah kiblat serta penyediaan sejadah dan tandas awam bersesuaian kegunaan kita. Tidak hanya itu, puluhan brosur disediakan sebagai panduan untuk mencari restoran atau kafe halal di sana.
“Secara total, Taiwan adalah negara yang mesra pelancongan halal. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menggalakkan pelancongan di Taiwan bukan sahaja kepada rakyat di Malaysia, tidak ketinggalan Singapura, Indonesia dan Brunei,” katanya.
The post Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal ke Taiwan appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal ke Taiwan
Anda sekarang membaca artikel Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal ke Taiwan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/fazley-dilantik-duta-pelancongan-halal_11.html