Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi

Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi
link : Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi

Baca juga


Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi

ALOR SETAR – Para petani diminta memanfaatkan peluang untuk menanam klon durian bermutu tinggi seperti durian “Duri Hitam” dan “Musang King” dalam meningkatkan taraf eknomi mereka pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah sesuatu yang merugikan petani yang enggan merebut peluang itu sedangkan kementeriannya menyediakan pelbagai insentif untuk petani menanamnya.

“Petani kena ambil peluang ini terutama yang tinggal di kampung-kampung. Sambutan daripada mereka sangat dingin.

Kita memberikan pelbagai bentuk bantuan tetapi mereka enggan merebut peluang ini untuk menanam klon-klon durian ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata demikian mengulas klon durian Duri Hitam itu yang kini mencecah harga RM120 sekilogram sebiji kerana keenakan isinya.

Tajuddin berkata klon durian berkenaan jika ditanam secara komersial sudah tentu pendapatan petani akan berubah jauh dan mampu mengubah taraf kehidupan mereka.

Sementara itu beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu seluruh pengundi terutama di Bahagian Kubang Pasu menolak perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini tersasar jauh.

“Walaupun ia pernah mewakili penduduk di Kubang Pasu terutamanya selama kira-kira 30 tahun namun kini Dr Mahathir mahu membawa kita kepada kehancuran parti yang diterajuinya dahulu,” katanya.

Beliau yakin pengundi di bahagian itu akan menolak Dr Mahathir dan pembangkang sebaliknya akan memberikan undi berganda kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi

Sekianlah artikel Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petani Diminta Tanam Klon Durian Bermutu Tinggi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/petani-diminta-tanam-klon-durian_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :