Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas

Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas
link : Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas

Baca juga


Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas

FILEM Pitch Perfect berjaya mengumpul pengikut yang ramai ketika pertama kali muncul di layar lebar pada 2012, dan diikuti dengan sekuelnya Pitch Perfect 2 yang menemui penonton pada 2015.

Selepas dua tahun, filem muzikal komedi ini tampil dengan sekuel ketiganya yang juga dikatakan adalah filem terakhir mengabadikan kisah The Bellas yang terdiri daripada 10 orang gadis yang mempunyai bakat nyanyian luar biasa.

Jika sebelum ini Pitch Perfect 2 diarahkan oleh Elizabeth Banks, kali ini tanggungjawab itu diambil alih Trish Sie yang juga mempunyai semangat yang sama dalam mengangkat tema ‘girl power’ dalam naskhah kegemaran ramai ini.

Trilogi terakhir ini mengisahkan tentang kehidupan The Bellas selepas tamat pengajian mereka di Barden University dengan menjalani rutin dalam kerjaya pilihan masing-masing.

Namun pelbagai konflik yang dihadapi sehingga menyebabkan mereka merasa rindu untuk kembali menyanyi dan bersatu membuat persembahan bersama The Barden Bellas yang benar-benar memberikan kegembiraan sebenar kepada mereka.

Peluang tiba apabila mereka bertemu di majlis reunion yang akhirnya membawa kepada idea menyertai USO Tour di Sepanyol, sekali gus bersaing merebut peluang untuk membuat persembahan pembukaan di konsert DJ Khaled.

Namun, jalan mereka semestinya tidak mudah apabila perlu berdepan dengan saingan dari kumpulan muzik lain yang hebat dengan kebolehan menyanyi sambil bermain alat muzik, sedangkan mereka hanya bergantung kepada suara.

Bukan itu sahaja, mereka turut berdepan dengan pelbagai konflik lain  termasuk kemunculan bapa Fat Amy yang menambah masalah sedia ada.

Secara keseluruhannya, edisi Last Call Pitches ini masih mengekalkan elemen-elemen yang menjadi trademark sekuel terdahulu, namun dengan pendekatan yang lebih fresh dan realistik.

Sesuatu yang tidak boleh dinafikan tentunya keserasian yang terbina di kalangan para pemainnya yang tampil meyakinkan seolah-olah mereka ini benar wujud di dunia nyata.

Faktor ini jugalah yang membuatkan apa yang dibawa sepanjang penceritaan mudah menarik perhatian penonton baik untuk babak emosi, komedi mahupun aksi persembahan mereka di pentas yang benar-benar menghiburkan.

Aksi dan telatah Fat Amy tentunya akan sentiasa kekal dalam ingatan para peminat filem ini, di mana dia sentiasa berjaya mencuit hati hati penonton setiap kali muncul, malah kali ini turut mencuri perhatian dengan babak aksi yang ditonjolkan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang setia mengikuti filem pertama dan kedua siri ini, pasti merasa seperti ada kekurangan dalam siri terakhir ini. Ia seperti kehilangan arah dalam usaha untuk terus mengekalkan kejayaan lalu.

Malah kemunculan bapa Fat Amy dalam edisi ini juga seperti mengganggu dan tidak perlu kerana ia telah mengalihkan perhatian yang sepatutnya diberikan sepenuhnya kepada The Bellas, apatah lagi ia filem terakhir mereka.

Apa pun, Pitch Perfect 3 masih menghiburkan sebagai filem penutup 2017 ini.

The post Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas

Sekianlah artikel Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pitch Perfect 3 edisi penutup The Bellas dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/01/pitch-perfect-3-edisi-penutup-bellas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :