Judul : Peneyelidikan Penterjemahan Perkasakan Golongan Akademik
link : Peneyelidikan Penterjemahan Perkasakan Golongan Akademik
Peneyelidikan Penterjemahan Perkasakan Golongan Akademik
Beliau berkata ekosistem pendidikan Malaysia perlu berusaha untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta amalan lanjutan mereka memberi fokus terhadap langkah yang boleh memberi manfaat kepada semua segmen industri dan masyarakat.
“Penyelidikan dan amalan penterjemahan memberi peluang kepada kita untuk menyusun semula pendidikan tinggi kita serta mentransformasi universiti supaya menjadi sebuah institusi yang memperjuangkan penyelidikan dan amalan mengenai dunia sebenar, di samping memupuk perkongsian lebih bersifat sinergistik,” kata Idris dalam ucaptamanya bersempena Persidangan Antarabangsa mengenai Penyelidikan dan Amalan (ICERP) 2017.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Kamel Mohamad pada persidangan dua hari itu.
Sementara itu, Universiti Putra Malaysia, yang menjadi tuan rumah persidangan berkenaan, berkata ICERP adalah suatu usaha untuk mewujudkan rangkaian kerjasama penyelidikan dalam kalangan sarjana, penyelidik dan penggubal dasar daripada sektor awam dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. – BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peneyelidikan Penterjemahan Perkasakan Golongan Akademik
Anda sekarang membaca artikel Peneyelidikan Penterjemahan Perkasakan Golongan Akademik dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/peneyelidikan-penterjemahan-perkasakan.html