Judul : Bank Data pemandu perkhidmatan teksi, e-hailing dicadangkan
link : Bank Data pemandu perkhidmatan teksi, e-hailing dicadangkan
Bank Data pemandu perkhidmatan teksi, e-hailing dicadangkan
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang mencadangkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, berkata ini penting bagi memudahkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Polis Diraja Malaysia mengenal pasti hanya individu yang bersih daripada rekod jenayah dibenarkan terlibat dalam perkhidmatan berkenaan.
"Bagi menambah baik rang undang-undang ini saya melihat sudah tiba masanya Bank Data Pemandu diwujudkan agar setiap individu yang berdaftar untuk memandu menggunakan perkhidmatan teksi, Uber ataupun Grab memiliki rekod simpanan peribadi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri untuk bacaan kali kedua.RUU itu antara lain, mencadangkan takrif kenderaan 'e-hailing' dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan menjadikan perkhidmatan antaranya Grabcar dan Uber satu perkhidmatan awam yang sah.
Irmohizam berkata terma 'kontrak bebas' yang diguna pakai oleh pengendali perkhidmatan e-hailing juga perlu dikaji semula agar keselamatan pengguna terjamin serta dilindungi oleh pelan insurans sekiranya ditimpa kecelakaan di samping memberi keadilan undang-undang kepada mangsa sekiranya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali e-hailing.
Beliau turut mencadangkan agar kesemua perkhidmatan darat yang ada di Malaysia disatukan ke dalam satu aplikasi e-hailing yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, bagi mengaplikasikan penggunaan teknologi secara total.
Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) ketika membahaskan RUU yang sama mencadangkan supaya Puspakom iaitu pusat bagi setiap teksi perlu membuat pemeriksaan diperbanyakkan, sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatan teksi.
"Banyak berlaku di negeri-negeri terutama di pedalaman di mana mereka terpaksa pergi jauh untuk periksa kenderaan. Sepatutnya Puspakom diwujudkan di setiap daerah," kataya.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bank Data pemandu perkhidmatan teksi, e-hailing dicadangkan
Anda sekarang membaca artikel Bank Data pemandu perkhidmatan teksi, e-hailing dicadangkan dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bank-data-pemandu-perkhidmatan-teksi-e.html