Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa

Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa
link : Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa

Baca juga


Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa

AKHIRNYA Neelofa bersuara untuk berkongsi cerita sebenar mengenai kontroversi pesawat yang dinaikinya secara kebetulan sama dengan Fattah dan Fazura.

Bekenaan isu tersebut, Neelofa, 28, tidak menyangka akan menaiki pesawat yang sama dengan dua artis berkenaan.

Walau bagaimanapun, itu bukan satu masalah baginya. Malahan, dia sedikit pun tidak mengambil kisah hal terbabit.

Selebriti kelahiran Kelantan ini menerangkan bahawa dia telah merancang percutian tersebut lebih awal iaitu pada 14 Jun lalu.

Sepatutnya dia akan ke Makkah untuk menunaikan umrah akan tetapi atas sebab yang tertentu, terpaksa menukar plan kepada cuti yang dimaksudkan.

” Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa,” ujar Neelofa memetik Mstar Online.

“Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu daftar masuk (check-in) pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang dan sekali lagi di boarding area, itu saja.

“Jadi bila ada dakwaan kononnya kata saya melarikan diri, itu yang saya pelik. Bila pula saya lari. Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja,” tambahnya lagi.

Kontroversi ini mula timbul dan menjadi hangat, apabila Fattah menyatakan dia menukar penerbangan tersebut atas alasan elak bertembung Neelofa.

BACA : Elak Bertembung Lofa, Fattah Sanggup Tukar Flight?

Neelofa agak kecewa dengan isu ini sehingga begitu banyak spekualsi yang dilemparkan terhadapnya ketika mahu menenangkan fikiran.

Walaubagaimanapun, Neelofa tetap positif dan mengangap ini semua ujian buat dirinya dalam menjadi ke arah lebih baik.

“Mungkin ini satu daripada ujian Allah untuk saya dalam  bentuk menjaga hubungan sillaturahim, Wallahualam,” katanya.

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa mula mencipta nama di tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10.

Baru baru ini, Neelofa berjaya mengatasi Nora Danish dengan menjadi selebriti Malaysia paling ramai pengikut di laman Instagram iaitu sebanyak 4.9 juta. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa

Sekianlah artikel Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau Saya Di Tempat Dia, Saya Tak Tukar Flight – Lofa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/kalau-saya-di-tempat-dia-saya-tak-tukar_18.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :