Judul : Tak Mahu Tipu Diri Sendiri – Siti Saerah
link : Tak Mahu Tipu Diri Sendiri – Siti Saerah
Tak Mahu Tipu Diri Sendiri – Siti Saerah
Penyanyi Siti Saerah Tarudin, 34, berharap netizen tidak terus melemparkan kritikan ekoran dia kini sudah berubah imej dan tidak lagi bertudung sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suami, Saiful Anuar Ahmad Shafie.
Saerah yang juga adik kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, berkata, dia membuat keputusan itu dengan kerelaan hati dan tidak mahu lagi bersikap berpura-pura.
“Saya tak sempurna mana. Saya akui, saya ada banyak kekurangan. Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri.
“Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang dan saya tidak menyalahkan sesiapa.
“Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri, saya berharap pemiant juga dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya ketika di temui pada sidang media KL Xtravaganza Wham & Karyawan, bertemapt di Platinum Walk, Setapak, pada Khamis.
Tambahnya lagi, Siti juga ada bertanya hal tersebut dan menasihatinya akan berterus terang dan menukar gambar di dalam akaun sosial media miliknya bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan peminat
“Pada mulanya keluarga bertanyakan mengenai keputusan saya ini. Dalam masa sama, Kak Siti pun ada bertanya sama ada saya masih bertudung atau tidak?
“Kak Siti menasihatkan saya, sekiranya saya sudah tidak bertudung, seeloknya saya tukar gambar saya di akaun sosial media. Ini kerana terlalu banyak yang bertanya dan keliru. Jadi saya berterus-terang sahaja,” katanya ketika di temui pada sidang media KL Xtravaganza Wham & Karyawan, bertemapt di Platinum Walk, Setapak, pada Khamis.
Berkongsi pula mengenai kehidpannya kini, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia sekarang menetap di Muar. Selain membesarkan dua anaknya iaitu Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun, Saerah mengusaha kelab zumba diberi nama Zumba Lifestlye.
“Sekarang ni, saya selalu berulang alik dari Kuala Lumpur dan Muar. Di sana saya jalankan kelab zumba saya. Dua anak saya, Daiyan dan Aisy dibawah jagaan saya. Manakala anak sulung, Ummi Umairah, 6, dibawah jagaan bekas suami saya.
Dalam pada itu, Saerah mengakui dia sedang menjalin hubungan dengan kenalan lama iaitu Mohd Sharidan, 30, sejak setahun lalu.
“Ya, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat lama saya. Tapi buat masa ini kami belum ada perancangan untuk berkahwin.
Mengenai perkembangan karier seni, Saerah memberitahu dia kini membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian. Dia mempertaruhkan single terbaru bertajuk Hanya Restu ciptaan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya.
The post Tak Mahu Tipu Diri Sendiri – Siti Saerah appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tak Mahu Tipu Diri Sendiri – Siti Saerah
Anda sekarang membaca artikel Tak Mahu Tipu Diri Sendiri – Siti Saerah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/09/tak-mahu-tipu-diri-sendiri-siti-saerah.html