FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini

FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini
link : FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini

Baca juga


FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan eksport durian Musang King ke China mencecah RM70 juta pada tahun ini berikutan permintaan tinggi daripada negara itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata nilai eksport durian itu mencatat RM60 juta pada 2016 berbanding RM33 juta pada tahun sebelumnya.

‘’FAMA menjangkakan eksport durian Musang King ke China bertambah sebanyak 10 peratus menjelang hujung tahun ini. Namun ia bergantung kepada bekalan yang turut dipengaruhi oleh keadaan persekitaran antaranya angin, cuaca, bentuk muka bumi dan tanah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis ‘MyBest Buy’ @ FAMA Point bersempena program Hari Pulau Pinang 2017 di perkarangan ibu pejabat FAMA, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin. Program itu bertujuan mempromosikan produk hasil asas tani keluaran negeri itu kepada masyarakat.

Mengulas selanjutnya, Ahmad berkata durian Musang King jenis D24 ditanam di kawasan tanah pamah  manakala jenis D34 di kawasan berbukit.

‘’Bagi memenuhi permintaan tinggi daripada China, FAMA sedang membangunkan produk pes durian iaitu isinya akan disejuk beku supaya pengguna dapat menikmatinya sepanjang tahun selain bagi membuat ais krim, kek serta pelbagai produk lain berasaskan durian,’’ katanya.

Sementara itu, Badruddin berkata nilai jualan yang dijana menerusi program ‘MyBest Buy’ sejak tahun 2014 hingga 20 Julai, 2017 mencatat sebanyak RM26.21 juta dan disertai seramai 1,590 usahawan di serata negara.

Program ‘MyBest Buy’ itu dilaksanakan di 129 lokasi terpilih secara tetap dengan jualan ‘sekali gus.’

‘’Melalui program ini FAMA dapat membantu petani memasarkan hasil pertanian tanpa melibatkan orang tengah manakala pengguna menikmati harga berpatutan khususnya mereka di kawasan bandar,’’ katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini

Sekianlah artikel FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAMA Sasar Eksport Durian Musang King Cecah RM70 Tahun Ini dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/fama-sasar-eksport-durian-musang-king_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :