Judul : Intan nekad tak menghilang lagi
link : Intan nekad tak menghilang lagi
Intan nekad tak menghilang lagi
Pembabitan penyanyi Intan Sarafina dalam program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) tahun lalu membuka lebih banyak peluang untuknya kembali aktif dalam bidang seni.
Apatah lagi selepas lapan tahun menyepi, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya berasakan sudah tiba masanya dia kembali fokus menyanyi.
Intan berkata, dia nekad untuk tidak menghilang lagi kerana berasakan peluang sudah terbentang luas depan mata.
“Berdasarkan sambutan selepas GV3, saya berasakan berbaloi untuk membuat kemunculan semula. Sejujurnya program ini sangat membantu sekali gus mengembalikan nama saya dalam industri.
“Saya nekad untuk tidak berhenti lagi. Apatah lagi suami juga tidak menghalang. Dia selalu cakap jangan persiakan bakat dan peluang yang ada. Asal saja saya tahu menjaga nama baik keluarga dan tak mengabaikan tanggungjawab, dia okey,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Intan nekad tak menghilang lagi
Anda sekarang membaca artikel Intan nekad tak menghilang lagi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/intan-nekad-tak-menghilang-lagi.html