Judul : Terima kasih Malaysia: Neelofa
link : Terima kasih Malaysia: Neelofa
Terima kasih Malaysia: Neelofa
BIARPUN menerima teguran dan kecaman dari pelbagai pihak berhubung tindakannya melancarkan koleksi tudung di sebuah pusat hiburan semalam, pelakon dan pengacara, Neelofa dilihat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Malah sehingga kini, Neelofa atau lebih mesra disapa sebagai Lofa ini masih tetap mengemaskini laman Instagramnya (IG) dengan memuatkan naik gambar-gambar sekitar majlis tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Antara status yang menarik perhatian adalah Thank you Malaysia (Terima kasih Malaysia) yang ditulisnya. Cukup ringkas.
Apa yang menariknya lagi, Lofa tidak menutup ruangan komen di IG peribadinya itu sekali gus membolehkan para pengikutnya terus memberi reaksi terhadap kontroversi yang melanda dirinya.
Jika ia berlaku kepada artis atau selebriti lain, pastinya laman sosial mereka akan ‘berehat’ untuk beberapa ketika dan ruangan komen juga akan ditutup.
Ternyata pemilik Neelofar Hijab dan juga pengacara MeleTOP ini seorang yang berjiwa kental dan bersikap terbuka dalam menangani kontroversi yang melanda.
The post Terima kasih Malaysia: Neelofa appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Terima kasih Malaysia: Neelofa
Anda sekarang membaca artikel Terima kasih Malaysia: Neelofa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/03/terima-kasih-malaysia-neelofa.html