Judul : Sikap pemurah petanda ‘nak pergi’
link : Sikap pemurah petanda ‘nak pergi’
Sikap pemurah petanda ‘nak pergi’
Seorang anak tidak menyangka sikap pemurah bapanya menjadi petanda bapanya akan pergi selama-lamanya dalam nahas di Kampung Jambu Bongkok, di sini.
Saiful Bharin, 47, berkata, perubahan sikap bapanya, Sulong Ismail, 80, itu dilihat apabila mendahului wangnya untuk membayar upah juru ukur tanah sebanyak RM300 sebelum kejadian.
“Biasanya tak pernah, saya akan bayar sendiri tapi kali ini dia yang bayarkan. Saya pula baru memasukkan sejumlah wang yang didahulukan itu ke dalam akaun banknya sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jambu Bongkok, semalam.
Saiful berkata, bapanya itu meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Jambu Bongkok kira kira jam 5.25 petang,semalam.
Arwah bapanya itu dipercayai menunggang motosikal sendirian sebelum dikatakan dilanggar sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli kopi di kedai berhampiran.
“Sebaik mendengar berita menyatakan arwah ditimpa kemalangan saya dan keluarga bertolak dari Rompin dan tiba di rumah ini sekitar jam 12.00 malam. Kalau ikutkan kami baru sahaja bertemu dengannya.
“Kali terakhir balik ke sini (20 Februari), arwah ada pesan agar saya memasukkan papan dan simpan (di kawasan rumah) termasuk mengambil enjin air. Tapi ketika itu tiada perubahan sikap yang ketara,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Su-haimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
The post Sikap pemurah petanda ‘nak pergi’ appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sikap pemurah petanda ‘nak pergi’
Anda sekarang membaca artikel Sikap pemurah petanda ‘nak pergi’ dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/03/sikap-pemurah-petanda-nak-pergi.html