Judul : Intan Liyana berhenti kerja demi kehendak suami: Ani Mayuni
link : Intan Liyana berhenti kerja demi kehendak suami: Ani Mayuni
Intan Liyana berhenti kerja demi kehendak suami: Ani Mayuni
KONTROVERSI yang menimpa pelakon terkenal, Izreen Azminda dan suami, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude serta madunya, Intan Liyana Saleh bukan hanya menarik perhatian netizen, tetapi juga penyanyi dangdut Ani Mayuni.
Semalam, Ani Mayuni menerusi laman Instagramnya (IG) telah memuatkan naik satu petikan berita yang melaporkan perkembangan terkini tentang Intan Liyana.
Pada foto tersebut, penyanyi yang kini turut aktif sebagai pelakon ini turut menyatakan sokongannya kepada Intan.
“Terima kasih pada semua netizen kerana anda semua pemberi sokongan dan kekuatan buat dia yang bernama intan. Dulu sebelum berkahwin dia mempunyai kerjaya, apabila kahwin suami tak mengizinkan adik saya ni bekerja. Jadi dia akur dengan kehendak suami.
“Siapa nak sangka dalam sekelip mata jadi begini dalam hidup dia. Dia redha dan sanggup bermadu, tapi dah sang suami TIADA HATI. Akak doakan semoga adik kuat, percaya pada yang SATU dia dah atur sesuatu yang terbaik buat adik.
“Khabarnya sekarang ini banyak produk nak amik adik jadi duta???? Tahniah dari akak. Kau sangat cantik dik. Jangan toleh belakang dah. Sentiasa senyum walaupun perit. Hug and kiss for u,” tulisnya pada kapsyen.
Status tesebut telah mengundang perhatian netizen, apatah lagi apabila Ani membahasakan dirinya sebagai kakak adik dengan Liyana, ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan sebenar mereka.
“Sebenarnya saya dan Intan telah lama saling mengenali antara satu sama lain. Kakak sulungnya, Roza merupakan pengurus saya semenjak awal bergelar artis lagi. Jadi saya rapat dengan seluruh keluarganya sejak dulu sehinggalah sekarang.
“Malah saya juga mengenali suami Intan, Ude sebelum mereka berkahwin lagi kerana suami saya dan bapa Ude bekerja di tempat yang sama.
“Jadi bila mengetahui rumah tangga mereka diuji sebegini, saya sebagai kakak tentunya berasa amat sedih dan itu yang menyebabkan saya menulis status berkenaan semalam,” jelas Ani Mayuni kepada Sinar Harian.
Menurut Ani lagi, selama mendirikan rumah tangga bersama Ude, Intan sangat menyayangi suaminya itu, malah sanggup berhenti kerja demi menumpukan perhatian kepada keluarga mereka.
Tidak cukup setakat itu, Intan juga sanggup hidup bermadu apabila mengetahui Ude telah berkahwin kali kedua bersama Izreen.
“Sepanjang mengenali Intan, saya tahu dia seorang yang sangat baik malah begitu menyayangi Ude sebagai suami.
“Walaupun terluka dengan pernikahan kali kedua Ude pun, dia masih lagi mahu mempertahankan rumah tangga mereka sehingga suaminya memfailkan perceraian di mahkamah.
“Berat betul dugaan yang dia terima sebagai isteri, tapi saya percaya dia mampu menghadapinya kerana Intan seorang yang sangat kuat,” ujarnya lagi.
Ditanya tentang Ude, Ani tidak mahu mengulas panjang kerana berasakan dia tidak perlu masuk campur dalam permasalahan rumah tangga mereka.
“Apa yang boleh saya katakan, saya kenal Ude sebagai seorang lelaki yang sangat penyayang dan mementingkan keluarga.
“Jadi apa yang berlaku ini sangat mengejutkan saya,” akhirinya.
The post Intan Liyana berhenti kerja demi kehendak suami: Ani Mayuni appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Intan Liyana berhenti kerja demi kehendak suami: Ani Mayuni
Anda sekarang membaca artikel Intan Liyana berhenti kerja demi kehendak suami: Ani Mayuni dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/03/intan-liyana-berhenti-kerja-demi.html