Dia janda jadi separuh harga: Shiera

Dia janda jadi separuh harga: Shiera - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dia janda jadi separuh harga: Shiera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dia janda jadi separuh harga: Shiera
link : Dia janda jadi separuh harga: Shiera

Baca juga


Dia janda jadi separuh harga: Shiera

SETIAP individu mempunyai cara tersendiri dalam menyambut hari bahagia.

Begitu juga pengacara, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera.

Selebriti berusia 44 tahun ini berjaya mencuri perhatian peminat apabila mengimbau kembali detik-detik manis saat disatukan dengan suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy sempena ulang tahun perkahwinan ke-15, hari ini.

Susulan itu, penyampai radio SuriaFM ini memuat naik beberapa foto perkahwinannya di Instagram.

Lebih menarik, setiap foto disertai kapsyen sangat mencuit hati, sekali gus mengenang kembali setiap momen manis mereka.

“Ok mariiii throwback. Kang ada ingat sebab kata baru kahwin. Dolu-dolu ada duit hantaran berkelopak bungai bagai. Cantik.

“Ijoy panik..seram sejuk. Arwah Pak Syed akad kan. Yang aku nak tergelak. Mas kawin Wilayah dulu 80 ringgit. Pastu tok kadi cakap Coppp. Dia janda jadi separuh harga. Jadila 40 hinggit.

“Sampai sekarang duit mas kawin tak pakai sebab syiling singgit dah tak laku. Ada 80 keping. Duk simpan lagi,” tulisnya disertai #kawindulukawinsekarang dan #anniversary.

Tidak hanya itu, Shiera turut berkongsi semua kenangan indah di sebalik perjalanan majlis perkahwinannya.

“Dah nikah….makan kampung lauk tempoyak ikan patin. Segala bagai…sambal hitam. Ijoy lulus kawin org Pahang sebab makan ikan sungai. Hahaha ada jering n kerdas kat situ

“Ok…bunga manggar kita nak semua putih..takmau kilat warna warni nasib baik murah.

“Make up oleh @zulfazlisuhadi. Baju rahila.. tapi dia kawan dengan rizalman…rizalman tolong jahit masa tu..sempat pakai. Sekarang nak pakai rizalman aku kena jual umah.

“Taaadaaa ko ada patung laki bini kat atas tu lagi? Kedai kek selalu ada. Kek..dari bawah sampai atas bukan dummy. Fruit cake.. Ramai dapat makan. Tak eksyen eksyen,” kongsinya.

Hasil perkongsian itu, rata-rata peminat dan pengikutnya merakamkan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagiaan pasangan sejoli berkenaan.

Malah, ada juga berpendapat perkongsian Shiera mengimbas kembali kenangan keindahan perkahwinan di zaman lalu.

Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 8, dan Adeena, 2 tahun.

Manakala, Allisya, 20, adalah hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.

The post Dia janda jadi separuh harga: Shiera appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dia janda jadi separuh harga: Shiera

Sekianlah artikel Dia janda jadi separuh harga: Shiera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dia janda jadi separuh harga: Shiera dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/03/dia-janda-jadi-separuh-harga-shiera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :