Judul : Ayie Floor 88, diekori orang tak dikenali
link : Ayie Floor 88, diekori orang tak dikenali
Ayie Floor 88, diekori orang tak dikenali
SELEPAS dikenali menerusi lagu Zalikha, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 20, mengakui tidak menang tangan melayan kerenah para peminatnya.
Bukan hanya ketika membuat persembahan dan sesi bertemu peminat, tetapi menurut Ayie, ke mana sahaja dia pergi, pasti ada peminat yang cuba mendekatinya.
“Pada awal-awal dulu saya terkejut juga bila ada peminat mendekati saya, tapi bila lama-lama saya mula cuba menyesuaikan diri.
“Bukan senang dan melayan mereka kerana masing-masing datang dengan cara dan pendekatan yang berbeza, jadi saya perlu lebih peka bagaimana nak berdepan dengan mereka.
“Pernah satu masa saya diekori orang yang tak dikenali ketika keluar bersama rakan-rakan, tapi rupa-rupanya dia adalah peminat yang ikut saya semata-mata nak mengambil gambar,” ujarnya.
Tidak sekadar itu, Ayie yang juga penuntut tahun akhir jurusan teater di Aswara ini mengakui laman Instagram peribadinya sering dihujani dengan Direct Message (DM) daripada peminatnya yang rata-ratanya adalah perempuan.
“Saya baca semua mesej-mesej mereka, tetapi tidak semua yang mampu dibalas kerana terlalu banyak mesej yang diterima setiap hari.
“Apa pun saya mencuba menghargai mereka dengan sebaiknya. Kalau ada kelapangan saya cuba untuk sentiasa mengemas kini perkembangan terbaru saya di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Ayie turut berkongsi tentang kerenah para peminatnya yang cuba menarik perhatiannya dengan pelbagai cara.
“Ada seorang peminat ni, hampir setiap hari dia ‘melaporkan’ tentang aktivitinya kepada saya menerusi DM.
“Kalau mesej tersebut dikumpulkan, mungkin dah boleh jadi diari kerana setiap hari ada sahaja perkara yang diadu dan dikongsi kepada saya.
“Saya tiada masalah dengan semua itu asalkan ia tidak keterlaluan dan mengganggu sesiapa,” luahnya Ayie yang baru sahaja tampil dengan single terbarunya bersama Floor 88, Aqilah.
The post Ayie Floor 88, diekori orang tak dikenali appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ayie Floor 88, diekori orang tak dikenali
Anda sekarang membaca artikel Ayie Floor 88, diekori orang tak dikenali dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/03/ayie-floor-88-diekori-orang-tak-dikenali.html