25 tahun dah…Ok je

25 tahun dah…Ok je - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 25 tahun dah…Ok je, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 25 tahun dah…Ok je
link : 25 tahun dah…Ok je

Baca juga


25 tahun dah…Ok je

BULAN ini (Mac) genap 25 tahun penyampai radio Sinar FM, Abby Fana atau mesra disapa Kak Bed menggalas status sebagai ibu tunggal.

Abby atau Habsah Omar, 52, ditemui berkata tiada wanita yang ingin rumah tangga dibina berakhir dengan perceraian dan menjadi ibu tunggal.

“Saya pun macam tak percaya sudah 25 tahun jadi ibu tunggal. Kiranya tahun ini ‘jubli perak’ buat saya,” katanya.

Menurut Abby, mungkin kerana dia melalui kehidupan harian dengan gembira dan bahagia membuatkannya tidak berasa kesepian atau berseorangan.

“Aturan takdir ini hanya Allah SWT yang tahu dan apa yang boleh dikata sebagai wanita, harus belajar cekalkan hati menerima perceraian walaupun tidak mudah.

“Saya sendiri pada mulanya kecewa juga. Bercerai pada Mac 1993 pada usia 27 tahun, saya masih muda ketika itu. Ditambah ketika dua anak masih kecil.

“Ia memang dugaan besar dan tidak mudah dilalui. Cuma, saya bertuah kerana ada ibu yang sentiasa di sisi dan tidak berhenti mendoakan kesejahteraan saya.

“Sokongan keluarga terutama ibu saya, Raminah Sudin, 76, adalah satu kekuatan. Ia juga rahmat Allah berikan pada saya hingga kini,” katanya.

Apapun, Abby berkata sebagai ibu tunggal dan wanita yang melalui fasa perceraian, dia bina semula semangatnya dengan tiga perkara utama ini.

“Pertama, kena terima hakikat diri sudah bercerai. Kedua, bersyukur diceraikan daripada digantung tidak bertali dan ketiga, beranikan diri ‘move on’ untuk bina hidup baru.

“Lupakan apa yang sudah terjadi dan sayangi diri sendiri. Apatah lagi, jika ada anak. Masa depan anak paling utama,” katanya.

Kini sudah bermenantu, Abby berkata kehidupan positif sangat penting dan itu yang dilalui bersama anak lelakinya, Afiq Nazreen, 28 dan Adli Nazreen, 27.

The post 25 tahun dah…Ok je appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 25 tahun dah…Ok je

Sekianlah artikel 25 tahun dah…Ok je kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 25 tahun dah…Ok je dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/03/25-tahun-dahok-je.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :