Judul : Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte
link : Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte
Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencetuskan kontroversi baharu apabila mengarahkan tenteranya agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.
Pemimpin berusia 72 tahu itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.
“Tak perlu (tembak) sampai bunuh…cukuplah alat sulit mereka ditembak. Kalau sudah ditembak, mereka (pemberontak wanita) sudah tidak berguna lagi,” katanya.
Susulan kenyataan tersebut, Duterte yang ‘sama gila’ dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima kecaman hebat masyarakat dan dilabel sebagai pemimpin yang prejudis terhadap golongan hawa.
“Kenyataan yang jijik,” ujar Emmi de Jesus, anggota Kongres Parti Wanita Gabriela.
Duterte yang memenangi pilihan raya presiden pada 2016 sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap di khalayak ramai.
Pada Jun tahun lalu, Duterte membuat jenaka bahawa tentera boleh merogol sehingga tiga wanita, di mana beliau akan bertanggungjawab di bawah undang-undang tentera yang baharu dilaksanakan.
The post Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte
Anda sekarang membaca artikel Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/usah-bunuh-cukup-tembak-vagina-duterte.html