Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual

Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual
link : Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual

Baca juga


Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain

itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My.

Untuk konsert nanti, kumpulan OneRepublic bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi TicketCharge mulai 23 Februari ini.

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013. Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital
daripada 13 juta hingga 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media
MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini.

Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Tiket untuk konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 adalah seperti berikut:
• RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor)
• RM578 (Rock Zone)
• RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
• RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
• RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
• RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas)
*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

..

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Maklumat lanjut, layari Facebook @wgwentertainment atau layari www.onerepublic.com

The post Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual

Sekianlah artikel Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiket Konsert OneRepublic in KL Semahal RM668-RM178 Sudah Dijual dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/tiket-konsert-onerepublic-in-kl-semahal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :