Judul : Suspek diminta lakonkan semula aksi bunuh mangsa
link : Suspek diminta lakonkan semula aksi bunuh mangsa
Suspek diminta lakonkan semula aksi bunuh mangsa
Polis membawa suspek tunggal kes bunuh juruteknologi pergigian ke lokasi kejadian di kompleks kediaman kakitangan klinik kesihatan di Lukut pagi tadi sejurus mendapat perintah reman selama tujuh hari dari Mahkamah Khas Reman Seremban.
Tinjauan Sinar Harian dilokasi, suspek berusia 19 tahun itu memakai baju lokap berwarna oren dibawa menaiki kereta polis tiba sekitar jam 11.30 pagi.
Di lokasi, suspek dipercayai telah diminta melakonkan semula bagaimana kejadian jenayah berkenaan berlaku bagi membantu siasatan polis.
Suspek kemudian dibawa beredar dari kompleks kediaman berkenaan pada jam 12.45 tengahari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu sekitar jam 9 malam tadi di Senai Johor polis berjaya memberkas suspek.
Pada 22 Januari lalu, sekitar jam 8.30 pagi di kediaman tingkat empat kuaters kakitangan klinik kesihatan Lukut mayat juruteknologi pergigian Mahussin Abd Rahim,28, ditemui oleh rakan sekerjanya yang datang kekediaman tersebut selepas dia tidak hadir kerja sejak Jumaat 18 Januari.
Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian adalah kecederaan parah di muka dan kepala akibat hentakan objek tumpul.
Dalam kejadian itu, motosikal dan topi keledar serta beg duit si mati hilang.
Sehari selepas kejadian berlaku, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek dikesan berada di sebuah restoran makanan segera di Nong Chik, Skudai Johor.
Suspek berjaya dikesan selepas menggunakan motosikal si mati dan berdasarkan rekod penggunaan kad debit di mati.
The post Suspek diminta lakonkan semula aksi bunuh mangsa appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Suspek diminta lakonkan semula aksi bunuh mangsa
Anda sekarang membaca artikel Suspek diminta lakonkan semula aksi bunuh mangsa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/suspek-diminta-lakonkan-semula-aksi.html