Judul : Sering Balas Komen Manis… Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era?
link : Sering Balas Komen Manis… Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era?
Sering Balas Komen Manis… Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era?
Penyanyi Amira Othman tidak mempunyai sebarang hibungan istimewa dengan penyampai radio Era FM iaitu Radin.
Amira, 25, berkata, tindakan Radin yang kerap memberi kata-kata manis atau ‘pick up line’ hanya sekadar gurauan semata-mata.
“Kami tiada hubungan istimewa pun, dia suka-suka sahaja mengacau, bukan saya seorang pun yang selalu dikacau.
“Kami hanya rapat sebagai kawan dan dia selalu menyokong kerjaya seni saya. Dia juga seorang kawan yang baik,” ujarnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hati-Hati ini digosipkan bercinta selepas kedua-duanya sering berbalas komen manis di laman sosial.
Dalam pada itu, Amira berkata, dia masih belum mempunyai teman istimewa dan berharap peminat tidak salah faham berkaitan perkara berkenaan.
“Saya tidak ada kekasih lagi dan kalau boleh biarlah bukan dalam kalangan orang industri. Tapi selalunya apa yang kita tak nak itulah kita dapat.
“Saya juga harap orang tidak salah faham dan menyangka kami bercinta,” ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang lagu Mimpi Indah, Amira berkata, dia mengambil masa hampir setahun untuk muncul karya itu.
Lagu tersebut merupakan ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.
“Genre lebih kurang sama sebab kami nak kekalkan konsep Hati-Hati dan Jaga-Jaga.
“Namun bagi Mimpi Indah kami perlahankan tempo sikit ala-ala lagu lullaby dan sebab itu juga saya memilih judul Mimpi Indah,” ujar.
Sementara itu, Muzik video Mimpi Indah yang menampilkan aktor Idris Khan itu sudah boleh ditonton di YouTube sejak Selasa lalu
The post Sering Balas Komen Manis… Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era? appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sering Balas Komen Manis… Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era?
Anda sekarang membaca artikel Sering Balas Komen Manis… Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/sering-balas-komen-manis-apa-hubungan.html