‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali

‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali
link : ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali

Baca juga


‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali mempunyai alasan tersendiri yang membawa kepada tindakannya memboikot penerbitan dokumentari Harimau Malaya 1980.

Lebih utama, bekas pemain bola sepak berusia 61 tahun ini mengakui terkilan dengan cara penghargaan yang diberikan produksi.

“Saya bukanlah nak demand tapi sekurang-kurangnya mungkin produksi boleh beri sikit token?

“Kita kena ingat, untuk menjayakan pembikinan dokumentari itu, kita perlu korbankan masa, tenaga dan petrol. Jadi, takkan saya yang nak keluarkan semua kos itu sendiri?

“So…saya kata return back la…tapi, nampaknya tak dipersetujui, sebab itu saya pun tarik diri,” katanya dalam wawancara khas Live bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurut fakta, Khalid merupakan penjaring terbanyak skuad Harimau Malaya sehingga berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Enam gol Khalid membantu Malaysia muncul sebagai juara pusingan Kelayakan Olimpik Kumpulan 2 Asia.

Secara tidak langsung, peristiwa itu menjadi subjek utama kepada dokumentari Harimau Malaya 1980.

Bagaimanapun, hasrat pasukan itu beraksi di Olimpik Moscow tidak kesampaian berikutan keputusan kerajaan memboikot temasya berkenaan kerana tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan.

Tambahan pula, katanya, dokumentari itu dihasilkan sebagai salah satu langkah pemasaran komersial sekali gus mendatangkan keuntungan.

“Yelah, this is our sejarah. Siapa yang tak suka bila ada yang mahu mendokumentasikannya ke kaca TV.

“Ia bagaikan satu penghormatan besar. Sebab itu, saya mengharapkan sedikit kredit penghargaan,” katanya.

Pada masa sama, Khalid juga kecewa dengan sikap rakan-rakan seperjuangannya yang tidak bekerjasama dalam menangani hal tersebut.

“Saya dapat tahu mereka ada melakukan perbincangan di belakang saya dan keadaan itu buat saya tak berpuas hati.

“Sepatutnya, kita harus bersatu padu untuk mencapai kata sepakat,” katanya.

The post ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali

Sekianlah artikel ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Sekurangnya produksi boleh beri sikit token’: Khalid Ali dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/sekurangnya-produksi-boleh-beri-sikit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :