Judul : Saya kenyit mata, senyum tanda setuju: Lisa Surihani
link : Saya kenyit mata, senyum tanda setuju: Lisa Surihani
Saya kenyit mata, senyum tanda setuju: Lisa Surihani
Menjelang ulang tahun perkahwinannya esok, pelakon cantik, Lisa Surihani sempat berkongsi kenangan manis sewaktu keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda pada 21 Disember 2011.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut dengan cerita yang ringkas namun menarik untuk dibaca.
“21 Disember 2011 – Hari Hantar Tanda. Ini ketika Yusry tiba selepas upacara dah selesai.
Dia menunggu di luar ketika keluarganya melamar saya dan saya kenyit mata, senyum tanda setuju.
“Perasaan kami sangat gembira bila kami membuat persiapan untuk majlis akad nikah dan resepsi yang dirancang berlangsung pada Februari 2012.
Puas ada.
Teruja pun ada.
“Keluarga dan teman tersayang berada dengan bersama kami ketika itu. Banyak kenangan manis pada hari berkenaan,” ujarnya.
Pasangan ini bernikah pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, tiga tahun dan Yusof Leonne, 10 bulan.
The post Saya kenyit mata, senyum tanda setuju: Lisa Surihani appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Saya kenyit mata, senyum tanda setuju: Lisa Surihani
Anda sekarang membaca artikel Saya kenyit mata, senyum tanda setuju: Lisa Surihani dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2018/02/saya-kenyit-mata-senyum-tanda-setuju.html